• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hutan Simpan Ulu Muda Perlu Dijadikan Hutan Tadahan Air

oleh Ahmad Albab
26/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu kerajaan negeri Kedah mengumumkan keseluruhan Hutan Simpan Ulu Muda di negeri itu sebagai hutan tadahan air dalam usaha memastikan keperluan sumber air di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mencukupi.

Presiden SAM dan CAP, S.M. Mohamed Idris berkata kerajaan negeri Kedah juga perlu segera mengkaji semula dan membatalkan sebarang lesen pembalakan yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu serta menghentikan semua aktiviti sedemikian di dalam kawasan hutan yang mengancam fungsi sokongan-hidup.

“Kami sangat bimbang dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir. Jaseni Maidinsa seperti yang dilaporkan oleh media bahawa dengan kadar pembalakan di Ulu Muda, hutan itu akan habis ditebang dalam masa 12 hingga 15 tahun dan kita akan menghadapi krisis air yang serius.

“Di bawah kerajaan negeri (Kedah) terdahulu, pembalakan telah merosakkan kawasan semula jadi di Ulu Muda, sepatutnya pembalakan tidak harus dibenarkan di kawasan itu termasuk kegiatan ekstraktif seperti perlombongan atau kuari. Jadi kami harap kerajaan negeri yang baru dilantik ini dapat mengharamkan pembalakan di situ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya langkah kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengadakan mesyuarat peringkat tertinggi bersama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Kedah untuk mencari penyelesaian yang baik untuk aktiviti pembalakan, supaya hutan tadahan air di Hutan Simpan Ulu Muda dan sekitarnya dilindungi adalah tepat dan disokong.

Mohamed Idris berkata pihaknya juga menyokong cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow untuk membantu kerajaan Kedah memohon pampasan daripada kerajaan persekutuan sebagai ganti ‘premium hutan’ untuk pembalakan kerana negeri itu akan kehilangan hasil disebabkan larangan pembalakan di kawasan berkenaan.

Katanya SAM dan CAP juga turut bersetuju dengan cadangan untuk memberi ganti rugi kepada kerajaan negeri Kedah bagi memelihara hutannya untuk kebaikan orang awam serta sebagai pampasan untuk kehilangan pendapatan daripada pembalakan atau aktiviti lain di Hutan Simpan Ulu Muda.

“Selain pampasan daripada kerajaan persekutuan kepada Kedah, terdapat juga dana yang ada di peringkat antarabangsa seperti Dana Iklim Hijau dan Fasiliti Alam Sekitar Global untuk perlindungan dan pemuliharaan khazanah hutan kita. Kerajaan persekutuan dan negeri mesti memanfaatkan sumber-sumber ini dengan segera,” katanya.

Beliau berkata air mentah yang berasal dari Ulu Muda itu juga penting untuk tanaman dua kali sawah padi di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang termasuk jelapang padi negara dan ia juga memainkan peranan utama sebagai ‘sinki karbon’ yang penting untuk menangani perubahan iklim.

Semalam, Chow dalam satu majlis berkata kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Kedah dan kerajaan pusat berhubung isu pembalakan di Ulu Muda yang menjadi ancaman kepada kawasan tadahan air di Empangan Muda di situ.

Chow dilaporkan berkata kawasan tadahan air di Empangan Muda, Ulu Muda yang menyalurkan air ke Pulau Pinang, Kedah dan Perlis itu semakin mengecil dan jika isu pembalakan tidak diatasi segera ia akan menyebabkan tiga negeri berkenaan menghadapi risiko krisis air serantau.

Ulu Muda merangkumi 163,103 hektar hutan hujan di Kedah yang menadah 96 peratus air mentah Kedah, 70 peratus air mentah Perlis dan lebih 80 peratus air mentah yang telah diabstrak oleh Pulau Pinang dari Sungai Muda setiap hari. – BERNAMA

Tags: CAPKawasan Tadahan Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

09/12/2024
0

GEORGETOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Lembaga Pemasaran...

CAP Kecewa RUU Kawalan Produk Merokok Dirujuk Semula Kepada JKPK

CAP Kecewa RUU Kawalan Produk Merokok Dirujuk Semula Kepada JKPK

12/06/2023
0

PUTRAJAYA: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa dengan keputusan kerajaan yang merujuk semula Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd