• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota UMNO Keluar Parti Bukan Masalah Besar

oleh Ahmad Albab
25/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan anggota UMNO meninggalkan parti ketika sedang menghadapi proses pemilihan bukan masalah besar kepada parti, kata Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datin Anne Ngasri.

Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, 34, perkara itu sebaliknya memudahkan parti untuk mengenal anggota yang setia kepada UMNO.

“Situasi ini, jelas menunjukkan siapa ahli UMNO yang benar-benar setia berjuang bersama parti keramat ini. Fokus kita sekarang adalah untuk mengembalikan martabat UMNO,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas Persidangan dan Pemilihan Puteri bahagian Bukit Bintang, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ni.

Beliau mengulas tindakan 10 Ketua Cawangan UMNO Bahagian Rasah dan Rembau yang mengumumkan keluar parti itu, pagi tadi.

Dalam pada itu, pada pemilihan kali ini, pelakon drama Dunia Baharu itu tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Puteri Bahagian Bukit Bintang, namun menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Exco Puteri UMNO.

“Cukuplah lima tahun berkhidmat, saya mahu beri peluang muka baharu dalam kepimpinan pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang,” katanya.

Anne memegang jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang sejak 2013 hingga 2018. – BERNAMA

Tags: Anne Ngasri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakan Artis Lega Tidak Perlu Sorok Rahsia Elyana

27/11/2017
0

SEJAK mengumumkan berita yang mengejutkan tentang penyakit yang dialaminya, laman Instagram Elyana dibanjiri dengan kata-kata semangat dari netizen. Baca: Tersingkir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd