• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu KWSP Suri Rumah: Persidangan Khas Ogos Ini

oleh Ahmad Albab
23/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Persidangan khas akan diadakan pada minggu kedua Ogos ini bagi memperhalusi isu berhubung cadangan pelaksanaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata beberapa agensi dan jabatan kerajaan berkaitan akan menyertai persidangan khas itu bagi mengkaji dengan teliti aspek teknikal yang menjadi menghalang pelaksanaan cadangan itu sebelum ini.

“KWSP, Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (Perkeso) serta jabatan yang berkaitan akan berbincang dan mencari jalan terbaik bagaimana hendak melaksanakannya, memang ada beberapa isu teknikal seperti Seksyen 51 Akta KWSP dan Akta Kerja 1955 yang menjadi kekangan dalam hal ini.

“Selain itu kita akan kaji cara untuk tangani Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang tidak membenarkan caruman daripada ahlinya dipindahkan dan kita akan minta pandangan Kementerian Kewangan kerana pelaksanaanya juga melibatkan dana kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena program Lawatan Turun Padang Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom, di sini, hari ini yang juga lawatan kali pertama Dr Wan Azizah ke Pahang selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Fazari Salleh.

Peruntukan di bawah Seksyen 51 Akta KWSP menyatakan tiada amaun yang boleh diserahkan, dipindahkan, kena ditahan, disekuesterkan, dilevikan ke atasnya, bagi, atau berkenaan dengan, apa-apa hutang atau tuntutan apa jua pun.

Malah Pegawai Pemegang Harta tidaklah berhak kepada atau mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa jumlah wang atau amaun.

Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menzahirkan kebimbangan dengan masalah penyakit mental di negara ini yang kurang mendapat perhatian sedangkan ia merupakan satu perkara serius.

“Masalah ini perlu diketengahkan serta diberi perhatian yang serius, jangan hanya apabila berlaku sesuatu tragedi sehingga mengorbankan nyawa termasuk kanak-kanak, baru kita nak bertindak.

“Kita perlu atasinya daripada peringkat akat umbi lagi dan beberapa kementerian yang berkenaan termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perumahan perlu bekerjasama kerana persekitaran juga menjadi penyumbang kepada masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kes seorang ibu yang mengelar leher anaknya lelakinya berusia 19 bulan yang berlaku di Felda Jengka 13, Maran baru-baru yang dipercayai berpunca daripada masalah kemurungan.

Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang terkini melaporkan setiap tiga orang dalam 10 orang dewasa berusia lebih 16 menderita pelbagai isu kesihatan mental dan ia dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar rakyat di negara ini selepas penyakit jantung.

Sementara itu dalam ucapannya, Dr Wan Azizah berkata berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bilangan kes penganiayaan dan penderaan kanak-kanak di negara ini dilaporkan meningkat hampir setiap tahun.

Katanya terdapat 4,453 kes bagi tahun 2015 dan jumlah itu meningkat sebanyak 529 kes kepada 4,982 kes pada tahun 2016 dan pada tahun lepas sahaja sebanyak 5,422 kes telah dilaporkan berlaku.

“Penganiayaan dan penderaan kanak-kanak perlu dilihat sebagai pelanggaran hak kanak-kanak dan menjadi tanggungawab semua untuk membendungnya daripada terus berlaku demi kepentingan dan keselamatan mereka pada setiap masa,”katanya. – BERNAMA

Tags: KWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd