• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Ambil Inisiatif Turun Padang Bersihkan Pantai

oleh Ahmad Albab
24/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Terengganu terkenal dengan keindahan pantainya yang cantik dan indah, sekali gus sentiasa menjadi destinasi pilihan pelancong tempatan dan asing untuk beriadah dan berkunjung ke negeri itu.

Pemandangan indah yang dijanjikan itu, bagaimanapun seringkali dicemari dengan sampah sarap, sisa makanan serta kotoran yang ditinggalkan pengunjung yang kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan begitu sahaja tanpa membuangnya di dalam tong sampah atau kawasan yang disediakan.

Malah tinjauan Bernama di Pantai Kuala Ibai mendapati ada antara pengunjung yang sengaja meninggalkan lampin pakai buang bayi mereka merata-rata tanpa membuangnya di dalam tong sampah yang disediakan.

Nor Akhmar Mohd Dagang, 37, berkata sikap kurang prihatin untuk sama-sama menjaga alam sekitar dalam kalangan pengunjung tempatan terutamanya, menjadi antara faktor utama berlaku situasi begitu.

“Mari pantai balik nanti bersepah juga dengan botol air, plastik dan pampers (lampin pakai buang). Kalau sediakan tong sampah banyak pun tak guna juga jika kesedaran sivik individu sendiri kurang,” katanya.

Penjawat awam itu berkata perkara tersebut dapat dibendung sekiranya orang ramai sedar mengenai tanggungjawab bersama-sama membantu pihak berkaitan menjaga kebersihan alam sekitar, terutamanya pantai agar tidak dicemari dengan sampah sarap.

Bagi peniaga, Asrol Hisyam Mohd Alias, 37, berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu menyediakan tong sampah dengan lebih banyak bagi memudahkan pengunjung membuang sampah di tempat disediakan.

“Bagaimanapun masing-masing perlu mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan pantai dan kesedaran mengenai perkara ini perlu diterapkan dari rumah,” katanya.

Sementara itu, Anggota Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Mohamed @Hashim berkata budaya membuang sampah di pantai yang dihadapi sejak sekian lama perlu diperbetulkan.

Justeru, beliau bersama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Mohamed dan Wakaf Mempelam Wan Sukairi Wan Abdullah mengambil inisiatif turun padang mengutip sampah bersama orang ramai di pantai itu sebagai langkah untuk memupuk budaya menjaga kebersihan dalam kalangan pengunjung.

“Apa yang kita buat ini adalah langkah awal dan mesej ini akan sampaikan kepada rakyat, sekali gus memberi kesedaran berkaitan kebersihan kepada mereka sejajar dengan ajaran Islam yang pentingkan kebersihan,” katanya.

Menerusi program selama sejam yang berjaya mengumpul sampah hingga enam plastik itu, pengunjung turut diberikan plastik sampah bagi memastikan sisa makanan serta sampah sarap dibawa pulang atau dibuang dalam tong sampah yang disediakan di sekitar kawasan pelancongan itu. – BERNAMA

Tags: Sampah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Belanda Bayar Insentif Jika Berbasikal Ke Tempat Kerja

Next Post

Emas Diramal Diniaga Lebih TInggi Minggu Depan

Related Posts

Isu Melayu Sampah: Jangan Jadi Dalang Cetus Kontroversi

19/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak pengurusan kilang dan industri di negara ini menjaga sensitiviti kaum. Naib...

“Apa Kata Zuraida? Ampang Jaya Kawasan Sampah”

21/05/2019
0

1. Negara kita, Malaysia sudah terkenal di seluruh dunia pada tahun 2018 sebagai pengimport sampah dan sisa plastik yang terbesar...

Next Post

Emas Diramal Diniaga Lebih TInggi Minggu Depan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd