• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Debat Antara Calon Presiden Tidak Perlu Dilakukan

oleh Ahmad Albab
24/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANTAH… Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak bersetuju debat antara calon diadakan dalam pemilihan parti kali ini kerana ia akan dedah pelbagai isu dalaman kepada umum.

Beliau yang juga calon Timbalan Presiden UMNO berkata pemilihan kali ini disifatkan sebagai pertandingan antara keluarga yang seharusnya dijalankan secara baik.

“Tidak perlu debat, kalau dalam rumah tangga pun kita kena pakat elok-elok kerana kita bertanding sesama sendiri. Kalau calon ada strategi kukuh tak perlu beritahu orang lain (melalui debat).

“Ini penting supaya strategi dan langkah UMNO tidak dibaca orang lain,” katanya selepas Majlis Sambutan Aidilfitri dan Pengenalan Calon-Calon Pemilihan UMNO 2018 di Seremban, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selain calon Timbalan Presiden, Tan Sri Annuar Musa dan beberapa calon Naib Presiden.

Dua calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin sebelum ini telah bersetuju untuk berdebat esok.

Sementara itu, Mohamad turut menegaskan agar tidak berlaku situasi memburukkan calon lain semata-mata untuk memperoleh kemenangan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasandebat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

Keakraban Orang Melayu Terhadap UMNO Tidak Lagi Seperti Dahulu

Keakraban Orang Melayu Terhadap UMNO Tidak Lagi Seperti Dahulu

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Realiti semasa menunjukkan sokongan dan keakraban orang Melayu terhadap UMNO tidak lagi seperti dahulu. Timbalan Presiden UMNO,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd