• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Ditahan Dipercayai Pecah Masuk Rumah Jamal

oleh Ahmad Albab
22/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dengan kes pecah masuk rumah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos di Ampang dekat sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata lelaki berusia 29 dan 25 tahun itu ditahan dalam serbuan di Paroi, Negeri Sembilan dan di Ampang.

“Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira 2 pagi di Paroi pada Rabu manakala rakannya ditahan di Ampang pada 6.30 petang esoknya.

“Mereka bekerja sebagai pengawal peribadi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu kini direman tujuh hari sehingga Khamis depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan bagi samun berkumpulan.

Pada Ahad lepas, kediaman Jamal di Ampang dipecah masuk dipercayai oleh empat lelaki dengan seorang daripada mereka menutup mukanya.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, satu beg pakaian besar, cermin mata pelbagai jenama, tiga telefon bimbit dan beberapa barangan lain dilarikan penjenayah itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Jamal Md Yunospecah masuk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

Dua Lelaki, Dua Wanita Disyaki Pecah Rumah Ditahan

Dua Lelaki, Dua Wanita Disyaki Pecah Rumah Ditahan

06/10/2024
0

Iskandar Puteri : Empat kenalan termasuk dua wanita ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di Tanjung Kupang, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd