• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan Shamsiah Simbol Kehormatan Terhadap BNM

oleh Ahmad Albab
22/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelantikan Datuk Nor Shamsiah Yunus sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) adalah satu keputusan baik yang diambil kerajaan kerana ia mencerminkan penghormatan terhadap bank pusat itu sebagai sebuah institusi penting, kata Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Bekas gabenor BNM itu berkata, pelantikan Nor Shamsiah menerajui bank pusat itu adalah sejajar dengan jangkaan pasaran untuk melihat institusi tersebut terus bebas dalam menjalankan fungsi-fungsinya.

Mengenai desas desus bahawa pelantikan Nor Shamsiah adalah untuk memulihkan semula siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di bawah bank pusat itu, Zeti menegaskan pelantikan tersebut mencerminkan keupayaan Nor Shamsiah dalam kestabilan kewangan yang juga diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Datuk Shamsiah merupakan bekas Timbalan Gabenor semasa saya berkhidmat dengan BNM.

“Beliau tahu semuanya tentang perbankan pusat dan beliau akan memulakan kerja dengan segera,” kata Zeti kepada pemberita selepas menghadiri taklimat Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang mana beliau merupakan salah seorang ahlinya, di Menara Ilham, di sini, hari ini.

Menurut laporan berita, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan semasa wawancara beliau bersama Bloomberg TV yang pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Selepas memasuki pejabat baharunya, Nor Shamsiah akan mendepani pelbagai isu utama termasuk penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS, kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat dan hutang negara yang besar.

Nor Shamsiah berkhidmat di bank pusat selama 50 tahun sebelum meninggalkan bank tersebut pada 15 Nov, 2016.

Semasa menyandang jawatan sebagai Timbalan Gabenor, beliau bertanggungjawab menyelia perbankan, insurans, risikan kewangan dan penguatkuasaan.

Selepas meninggalkkan BNM, Nor Shamsiah menyertai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada April tahun lepas di mana beliau berpangkalan di Washington DC. Di IMF beliau menyandang jawatan sebagai Penolong Pengarah Jabatan Monetari dan Pasaran Modal. – BERNAMA

Tags: Gabenor BNMTan Sri Zeti Akhtar Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Padah ‘Rem’ Ekzos Bising, Pelajar Kena Tolak Motor 3.5km Ke Balai

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

20/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata soalan mengenai prestasi ringgit akan dijawab oleh Gabenor Bank Negara Malaysia...

Belanjawan 2019 Dijangka Bersifat Inklusif

01/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2019 yang amat dinanti-nantikan, akan dibentangkan pada Jumaat ini, dijangkakan bersifat inklusif dan memberi manfaat kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd