• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thai Dakwa 41 Bom Dalam Trak Dihasil Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
24/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Pasukan keselamatan di selatan Thailand diarah memperhebatkan siasatan berhubung rampasan 41 bom buatan sendiri dari sebuah trak pikap di Narathiwat semalam.

Pegawai polis di wilayah bergolak itu mendakwa peranti peledak yang diubah suai itu dihasilkan di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Jeneral Prawit Wongsuwan mahu pihak berkuasa mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dengan bom-bom yang dirampas itu.

“Mereka (pihak berkuasa) perlu cari siapa yang bertanggungjawab membawa bom itu. Mereka perlu menyiasat lagi,” katanya kepada media hari ini, sambil memberitahu bahawa pegawai berkenaan juga diminta memburu dan menangkap seorang suspek yang dapat melarikan diri ke hutan berdekatan.

Kenyataannya dibuat ketika pasukan keselamatan Thailand di wilayah selatan meningkatkan lagi pengawasan susulan rampasan bom buatan sendiri itu.

Sementara itu, Ketua Polis Narathiwat, Mejar Jeneral Manas Sikamat dipetik sebagai berkata kepada media tempatan bahawa bom buatan sendiri itu dihasilkan di negara jiran, Malaysia, dengan ia disasarkan kepada para pegawai keselamatan.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaannya tentang asal-usul bom tersebut, walaupun pegawai Thailand yang tidak dikenali dipetik media tempatan sebagai mendakwa bahawa paip PVC, yang digunakan bagi menghasilkan bom buatan sendiri itu, tidak terdapat di Thailand.

Pegawai yang melakukan pemeriksaan di Kampung Saring, Takbai di Narathiwat pada 11.45 pagi semalam telah menghentikan sebuah trak pikap yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun, yang kemudiannya ditahan.

Trak itu dipandu dari Sungai Golok, berhampiran sempadan Thailand-Malaysia dalam daerah Ranget di Narathiwat.

Setelah pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas trak itu, para pegawai menemukan 41 bom buatan sendiri yang disembunyikan di bawah selimut tebal di belakang kenderaan itu bersama-sama dengan peralatan lain termasuk alat penentu masa dan komunikasi, yang disyaki digunakan untuk meletupkan bahan peledak itu.

Menurut pegawai-pegawai bahagian Letupan, Ordinan dan Pelupusan (EOD) yang berada di tempat kejadian, bom buatan sendiri itu boleh digunakan pada bila-bila masa.

Pertubuhan bukan kerajaan, Deep South Watch (DSW), pula menyatakan bahawa konflik selatan Thailand di antara pasukan keselamatan pemerintah dan kumpulan bersenjata telah mengorbankan 7.000 nyawa. – BERNAMA

Tags: BomThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd