• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawasan Pendaratan Penyu Karah Pulau Upeh Dipulihara

oleh Ahmad Albab
22/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri kini menumpukan terhadap usaha memulihara dan menjaga alam sekitar, terutamanya di kawasan pendaratan penyu karah di Pulau Upeh serta di kawasan lain seluruh negeri.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata selain Pulau Upeh, kawasan lain yang menjadi tumpuan pendaratan penyu karah termasuk Padang Kemunting, Balik Batu, Kem Terendak, Tanjung Bidara, Pasir Gembur, Teluk Belanga, Tanjung Serai, Tanjung Dahan dan Meriam Patah.

“Memandangkan Pulau Upeh kawasan pendaratan penyu utama dengan lokasinya berhampiran kawasan projek penambakan laut pantai Klebang, maka aktiviti pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar di pulau itu dijadikan projek angkat Pejabat Ketua Menteri Melaka.

“Sehubungan itu, saya juga akan mengadakan lawatan ke Pulau Upeh dalam masa terdekat bagi meninjau kawasan tersebut, selain melihat sendiri kesan pembangunan di sekitar yang dikhuatiri boleh menjejaskan Pulau Upeh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri komited dalam menjaga kelestarian alam sekitar, antaranya dengan memutuskan semua kegiatan mengorek dan mengambil pasir bagi aktiviti daratan serta kutipan hasil hutan negeri ini dihentikan, berkuat kuasa 1 Julai depan.

Pulau Upeh terkenal sebagai antara pulau pendaratan penyu karah di negara ini, malah untuk rekod sebanyak 36 penyu mendarat dan 4,515 biji telur berjaya dikutip, tahun lepas. – BERNAMA

Tags: penyu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Netizen Melampau, Linda Kesal Ada Persoal Isu Anak

Next Post

Perlu Badan Induk Khas Kawal Keseluruhan TVET

Related Posts

41 Penyu Mati Di Terengganu Dalam Enam Bulan

10/06/2022
0

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 41 kes kematian penyu direkodkan di Terengganu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Pengerusi...

31 Kematian Penyu Di Terengganu Dalam Tempoh Tiga Bulan

01/04/2022
0

Dungun : Sebanyak 31 ekor penyu ditemui mati di negeri ini dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram...

Next Post

Perlu Badan Induk Khas Kawal Keseluruhan TVET

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd