• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daripada Penyelia Kilang Kepada Usahawan Dadih

oleh Ahmad Albab
24/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Siapa sangka keputusannya melepaskan jawatan sebagai penyelia di sebuah kilang di Sungai Petani dua tahun lepas dan nekad untuk membantu suaminya mengusahakan perniagaan membuat serbuk dadih, dadih dan ais krim pelbagai perisa akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya meraih pendapatan bulanan antara RM30,000 hingga RM50,000.

Haliza Yahaya, 45, berkata keputusan itu dibuat selepas tidak mampu lagi untuk memberikan komitmen kepada kerjaya lamanya itu dan kerap mengambil cuti ekoran menyiapkan tempahan dadih yang begitu laris dan mempunyai permintaan tinggi.

“Bayangkan saya di kilang, suami yang memasuki tapak Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ketika itu pada 2014, hari pertama sahaja barang habis dijual dan ramai yang mahu membeli. Suami telefon saya untuk datang hantar stok, saya terpaksa beri alasan kepada pengurus dan kemudian naiki bas ke Kuala Lumpur untuk menghantar stok barang,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kedai perusahaan dadih itu di Bumbung Lima Kepala Batas baru-baru ini.

Haliza berkata ekoran kerap kali terpaksa memberi pelbagai alasan kepada pengurusnya, beliau nekad berhenti kerja pada penghujung 2016 biarpun dipujuk oleh pengurusnya untuk tidak mengambil keputusan itu.

Katanya, beliau tidak menyesal dengan tindakannya itu sebaliknya lebih kesal lewat meninggalkan kerjaya lama apabila mendapati perniagaan dadih yang diusahakan oleh suaminya, Azhar Kasim, 50, dengan modal permulaan sebanyak RM50,000 sejak 2014 itu memberikan pendapatan lebih lumayan.

“Kini serbuk dadih dan dadih yang diusahakan oleh Azliz Enterprise dengan jenama Art Dadih kini sudah dikenali di seluruh negara dan juga telah memasuki pasaran luar seperti Singapura.

“Dadih yang dihasilkan Art Dadih dengan tagline ‘Cikedut isap isap sedap ooo’ mempunyai tujuh perisa iaitu keladi, strawberi, coklat, pandan, vanila dan jagung, kami juga akan keluarkan dua perisa terbaru pada tahun ini iaitu durian dan nangka. Art Dadih Ice Cream pula didatangkan dalam lima perisa asli iaitu durian, oreo, coklat, vanila dan strawberi,” kata ibu kepada empat anak itu.

Sementara itu, Azhar berkata serbuk dadih yang dihasilkan syarikatnya mempunyai keunikan tersendiri kerana tidak perlu menambah susu dan gula, hanya masukkan air dan masak sehingga mendidih.

“Rasanya yang lemak menjadikan dadih keluaran syarikat kami menjadi pilihan ramai selain turut mendapat permintaan tinggi semasa musim kenduri, perayaan dan tempahan daripada pelbagai agensi kerajaan,” katanya.

Azhar berkata beliau turut membuka kelas kepada usahawan muda yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang hadir bersama guru mereka dan mempelajari proses membuat sendiri serbuk dadih itu secara percuma.

Beliau berkata fokus terbaharu perniagaannya itu ialah untuk membina kilang sendiri di Bumbung Lima dan ia dijangka dilaksanakan akhir tahun ini bagi menampung permintaan produk itu yang sentiasa meningkat. – BERNAMA

Tags: dadih
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd