• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Celso Borges Teruskan Legasi Bapa Lawan Juara Dunia

oleh AK-47
21/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GELENDZHIK – Celso Borges akan mengikut jejak langkah bapanya apabila turun beraksi bersama Costa Rica bertemu Brazil, esok sekali gus meneruskan legasi keluarganya bertemu juara dunia lima kali itu pada kejohanan terulung berkenaan.

Bapa Borges, Alexandre Guimares, membesar di Brazil sehinggalah dia berpindah ke Costa Rica bersama bapanya ketika zaman kanak-kanak.

Kini pada usia 28 tahun, iaitu selepas bapanya turun beraksi bertemu Brazil pada edisi 1990 di Itali, giliran Borges pula akan turun menentang barisan Selecao.

“Tak dapat nafikan terdapat hubungan antara antara saya dengan Brazil. Ia mungkin tidak sekuat hubungan seperti bapa saya tetapi kami masih lagi mempunyai hubungan kekeluargaan di Brazil.

“Saya 100 peratus warga Costa Rica dan sentiasa mengutamakan negara saya. Tapi saya juga tak dapat nafikan hubungan kekeluargaan dengan Brazil,” katanya.

Tambahnya: “Bapa saya juga memilih Costa Rica. Dia meninggalkan Brazil pada usia 12 tahun tetapi dia juga mempunyai hubungan rapat dengan Brazil.

“Apabila anda beraksi bertemu Brazil, anda akan merasai perasaan yang sangat istimewa.

“Brazil adalah negara yang paling banyak memenangi Piala Dunia, jadi pastinya perasaan itu berbeza,” katanya. – Reuters

Tags: Costa Ricapemain bolasepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemain Pulau Pinang Pula Tidak Dibayar Gaji

20/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Liga Malaysia (Liga-M) terus dicemari isu tunggakan gaji apabila kali ini Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) didakwa...

Gempa Bumi 6.2 Landa Costa Rica

18/08/2018
0

SAN JOSE - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan selatan Costa Rica semalam, berhampiran sempadan dengan Panama, kata Tinjauan Geologi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd