• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kediaman Jamal Di Ampang Dipecah Masuk 4 Lelaki

oleh Ahmad Albab
21/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan empat lelaki yang dikatakan memecah masuk kediaman Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos di Ampang di sini pada pagi Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira 8.30 pagi itu daripada seorang pengurus pengawal keselamatan di kediaman Jamal pagi semalam.

“Pengadu dari syarikat keselamatan yang mengawal kediaman Jamal telah dimaklumkan seorang pengawal keselamatan yang mendakwa kediaman berkenaan dimasuki empat lelaki.

“Salah seorang suspek menutup muka serta mengambil barangan termasuk satu beg pakaian besar, cermin mata pelbagai jenama, tiga telefon bimbit dan beberapa barangan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati hanya seorang pengawal keselamatan yang berkawal di kediaman terbabit ketika kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan.

Hamzah berkata setakat ini jumlah kerugian belum dapat dipastikan dan pengadu membuat laporan polis untuk perlindungan syarikat keselamatan serta bagi tuntutan insurans sekiranya ada.

Sementara itu, Jamal, 54, dalam kenyataan media hari ini berkata beliau telah dimaklumkan mengenai rumahnya yang telah diceroboh oleh empat individu.

Jamal berkata ini merupakan kali kedua rumahnya dicerobohi perompak dan menyerahkan kepada “pihak tertentu” untuk siasatan selain meminta peguamnya melakukan sesuatu di bawah undang-undang yang ada. – BERNAMA

Tags: Datuk Jamal Md Yunos
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jamal Kena Dakwa Lagi

13/09/2018
0

SUNGAI BESAR - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengaku tidak bersalah terhadap dua...

Jamal Mohon Peguam Negara Gugur Kes

06/09/2018
0

PUTRAJAYA - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menyerahkan surat rayuan kepada Peguam Negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd