• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang Hangus, Pelaburan Lesap Akibat Ditipu

oleh Ahmad Albab
20/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Wang hangus, pelaburan lesap. Itu nasib seorang guru yang kerugian RM45,000 selepas diperdayakan untuk menyertai pelaburan emas empat tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 33 tahun itu membuat laporan polis semalam, selepas tidak menerima pulangan yang dijanjikan.

Mohd Wazir menambah, mangsa mendakwa tertarik untuk menyertai pelaburan emas ‘Terima Emas Berdiskaun’ yang diperkenalkan oleh seorang lelaki dikenali sebagai ‘Mohd Faizal’ dengan jaminan pulangan dividen berjumlah RM4,000 sebulan.

“Bagi tujuan itu, mangsa telah memasukkan wang sebanyak RM65,000 ke dalam akaun suspek pada 17 Jun 2014 sebelum menerima semula pulangan wang sebanyak RM20,000, dengan bayaran terakhir dibuat pada Ogos 2015.

“Pada September 2015, suspek didakwa memberitahu mangsa bahawa dia mempunyai masalah kewangan dan akan cuba untuk membuat bayaran secepat mungkin, namun mangsa tidak menerima apa-apa pulangan sehingga hari ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah mangsa juga cuba menghubungi suspek namun kali terakhir mereka dapat berhubung adalah sekitar November tahun lalu.

Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Kes Tipu Pelaburan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

3,195 Kes Tipu Pelaburan Babit Kerugian RM245 Juta

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis merekodkan sebanyak 3,195 kes penipuan pelaburan sepanjang tahun lalu membabitkan kerugian RM245 juta, berbanding 1,671 kes dengan...

28 Mangsa Pelaburan Emas Kerugian RM4.7 Juta

21/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Sekumpulan 28 individu hari ini membuat laporan polis mendakwa ditipu oleh Yayasan Amanah Niaga Kebangsaan Malaysia berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd