• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Selesa Tanding Atas Tiket Individu – Tok Mat

oleh AK-47
21/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini tidak akan membentuk pasukan bersama calon presiden, Khairy Jamaluddin.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat, berkata beliau lebih selesa bertanding atas tiket individu dan berharap perwakilan UMNO membuat pemilihan berdasarkan keupayaan calon tanpa dipengaruhi orang lain.

“Dari dulu saya memang begini, bertanding sebagai individu. Saya tidak mahu membentuk pasukan dengan sesiapa termasuk Khairy.

“Saya akui Khairy ada kemampuan untuk memimpin UMNO namun biarlah kami bertanding sendiri.

“Tidak dinafikan, ada anggapan kami akan bertanding sebagai satu pasukan kerana masing-masing dari UMNO Bahagian Rembau, tapi keadaan sebenarnya bukan begitu.

“Namun, siapa tahu, mungkin kebangkitan semula UMNO akan bermula di Rembau,” katanya kepada NSTP hari ini.

Menjelang pemilihan UMNO pada 30 Jun ini, timbul spekulasi mengatakan Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau akan bergandingan dengan Khairy yang juga timbalannya di bahagian itu, dalam menghadapi cabaran menjawat dua jawatan tertinggi parti itu.

Spekulasi itu lebih kuat apabila Khairy membuat pengumuman bertanding jawatan Presiden UMNO beberapa hari selepas bertemu Mohamad, selain memuat naik gambar mereka berdua di laman Facebook beliau dengan ungkapan ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, mengakui Khairy ada bertemunya, namun bukan untuk berbincang mengenai kerjasama menghadapi pemilihan, sebaliknya meminta beliau sendiri bertanding sebagai presiden.

“Saya tidak mahu kerana lebih selesa berada di kedudukan nombor dua kerana saya adalah ‘operation man‘.

“Saya mahu memberi tumpuan untuk menyusun dan membina semula UMNO, sekali gus membawa perubahan kepada parti ini.

“Jadi, kami tidak langsung berbincang mengenai sebarang usaha membentuk pasukan. Khairy pun sebenarnya membuat keputusan untuk bertanding jawatan presiden pada saat akhir,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui mereka boleh bekerjasama baik jika menang jawatan ditandingi dengan menggunakan pengalaman korporatnya untuk membentuk semula UMNO, manakala Khairy yang lebih muda menjelajah seluruh negara. – myMetro Online

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanMT UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

Keakraban Orang Melayu Terhadap UMNO Tidak Lagi Seperti Dahulu

Keakraban Orang Melayu Terhadap UMNO Tidak Lagi Seperti Dahulu

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Realiti semasa menunjukkan sokongan dan keakraban orang Melayu terhadap UMNO tidak lagi seperti dahulu. Timbalan Presiden UMNO,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd