• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Altantuya Shaariibuu Buat Laporan Polis

oleh Ahmad Albab
21/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Bapa kepada model Mongolia Altantuya Shaariibuu, Dr. Shaariibuu Setev hari ini membuat laporan polis berhubung pembunuhan anaknya pada 12 tahun lepas.

Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, pada 11.35 pagi bersama peguam keluarganya, Ramkarpal Singh.

Ramkarpal berkata laporan berkenaan dibuat untuk meminta polis membuka semula kertas siasatan kes pembunuhan itu.

“Ia hanyalah laporan polis biasa, maknanya jika ada petunjuk baharu dalam kes ini (pembunuhan Altantuya) ia akan dibuat dalam siasatan polis.

“Sekiranya ada juga orang lain yang bertanggungjawab serta terlibat dalam kes ini, mereka juga akan didakwa di mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita di IPD Dang Wangi.

Shaariibuu, kini berada di Malaysia dan bertemu dengan Peguam Negara, Tommy Thomas semalam serta dijangka mengunjungi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini, untuk membincangkan kemungkinan membuka semula siasatan kes pembunuhan anaknya.

Selain itu, Ramkarpal berkata polis sepatutnya memanggil bekas pembantu (ADC) Datuk Seri Najib Tun Razak, DSP Musa Safri sebagai saksi ketika pendakwaan kes pembunuhan Altantuya.

“Musa merupakan saksi yang sangat penting dan itu adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan semasa pendakwaan.

“Kenapa (semasa) pendakwaan lalu itu beliau tidak dipanggil? Ini berkaitan dengan isu dan motif yang sangat penting. Ia sudah tentu satu perkara yang luar biasa dan tidak bermakna perkara ini telah berakhir,” katanya.

Ramkarpal berkata setakat ini Shaariibuu belum memberi sebarang keterangan kepada pihak polis berkaitan kes berkenaan.

“Ini kerana beliau (Shaariibuu) akan pulang ke Mongolia esok dan petang ini saya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya,” katanya.

Ditanya sama ada laporan polis yang dibuat hari ini ada menyebut nama suspek yang terlibat kes bunuh itu, Ramkarpal berkata ia tidak menyebut nama suspek yang terlibat.

Altantuya dipercayai ditembak mati dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan di hutan sekunder di Mukim Bukit Raja, Klang, Selangor antara 10 malam pada 19 Oktober 2006 dan 1 pagi 20 Oktober 2006. — BERNAMA

Tags: Altantuya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

29/08/2024
0

Keluarga mangsa pembunuhan Altantuya Shaariibuu memfailkan permohonan supaya mahkamah mengisytiharkan Abdul Razak Baginda sebagai muflis selepas dia gagal membayar RM9.2...

Sirul Boleh Diekstradisi Jika Tiada Hukuman Mati

20/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd