• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Ketua Perikanan Daerah Bebas Tuduhan Rasuah

oleh Ahmad Albab
07/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Bekas pegawai Jabatan Perikanan hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada dua pertuduhan menerima rasuah bernilai RM246,024.20 daripada seorang pembekal benih ikan, lima tahun lalu.

Hakim Julie Lack Abdullah memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Hamid Ismail, 51, yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Perikanan Daerah Hulu Perak Selatan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menerima sekeping cek CIMB bernilai RM220,000 daripada syarikat Justru Cemerlang Enterprise milik Mohd Rosman Ramli yang merupakan pembekal benih dan pembeli ikan yang dimasukkan ke akaun syarikat HA Agrotech milik Abdul Hamid.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima sekeping cek CIMB bernilai RM26,024.20 daripada Mohd Rosman ke dalam akaun HA Agrotech.

Abdul Hamid didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Maybank Seberang Jaya, pada 8 Februari 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun, denda atau kedua-duanya.

Sementara itu, Mohd Rosman, 49, yang didakwa atas dua pertuduhan memberi rasuah kepada Abdul Hamid melalui dua keping cek masing-masing bernilai RM220,000 dan RM26,024.20 pada tarikh dan tempat yang sama, turut dilepas dan dibebaskan.

Mohd Rosman sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 28(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sama.

Peguam Parmjit Singh yang mewakili Abdul Hamid berkata enam saksi memberi keterangan dalam perbicaraan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM, Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri manakala tertuduh kedua Mohd Rosman diwakili peguam Ahmad Shahrir Mohd Salleh. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd