• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Dunia: Kane Meledak 2 Gol Tewaskan Tunisia

oleh AK-47
19/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

VOLGOGRAD – Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane muncul wira England apabila meledak dua gol bagi membantu England menewaskan Tunisia 2-1 dalam aksi sulung Kumpulan G, sebentar tadi.

Tandukan Kane pada masa kecederaan menghadiahkan kemenangan buat skuad The Three Lions selepas kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 1-1 sehingga minit ke-90.

Terdahulu, Kane membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-11 tetapi Ferjani Sassi berjaya menyamakan kedudukan buat Tunisia pada minit ke-35.

England seharusnya mampu melakar kemenangan lebih selesa dalam perlawanan tetapi skuad bimbingan Gareth Southgate gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang bagi menjaringkan gol pada babak pertama.

“Saya cukup bangga dengan prestasi rakan sepasukan. Saya fikir kami bermain dengan baik pada babak pertama, kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol.

“Kredit perlu diberikan kepada semua pemain, mereka terus berjuang sehingga tamat perlawanan. Ia membuktikan kami mempunyai semangat juang tinggi bagi mencapai matlamat,” kata Kane yang juga kapten England.

England akan berdepan Panama yang tewas 0-3 di tangan Belgium dalam aksi kedua, Ahad ini – AFP

Tags: Harry KanePiala Dunia 2018
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM1.6 Bilion Jika Real Madrid Mahu Ikat Kane

13/01/2019
0

MENURUT laporan oleh The Sun, Real Madrid tahu jumlah yang harus mereka bayar jika berhasrat untuk mengikat Harry Kane. Tottenham...

Penalti VAR Kane Tumbangkan Chelsea

09/01/2019
0

LONDON - Tottenham Hotspur meraih kelebihan tipis pada separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris menentang musuh dari London, Chelsea ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd