• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Perempuan Maut Ditikam Saudara

oleh Ahmad Albab
20/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun maut dipercayai ditikam saudara yang bertandang ke rumahnya di Jalan Kuang Gunung 4, Taman Kepong, Kuala Lumpur, kira-kira 9 malam tadi.

Difahamkan, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke hospital swasta di Desa Park City Kepong, dan terdapat kira-kira 30 kesan tikaman pada badan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, susulan kejadian, pihaknya menahan lelaki yang juga saudara kepada kanak-kanak itu di tempat kejadian, 9.45 malam tadi.

“Suspek yang berusia 21 tahun tidak tinggal bersama mangsa dan keluarganya. Dia datang ke rumah berkenaan dan ketika itu hanya emak, nenek dan adik mangsa yang masih bayi berada di rumah.

“Mangsa bermain dengan suspek di tingkat bawah rumah, manakala ibu mangsa tidur di tingkat atas bersama bayi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebelum itu nenek mangsa keluar sebentar sebelum pulang kira-kira 30 minit kemudian dan menemui mangsa di dalam stor dengan keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

“Keluarga berkenaan meminta bantuan jiran untuk menghantar mangsa ke hospital swasta dan doktor yang memeriksa menemui kira-kira 30 kesan tikaman menggunakan objek tajam pada badan.

“Bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya. – myMetro Online

Tags: budaktikam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negeri Johor Cemerlang Bawah Pimpinan Onn Hafiz, ‘Budak’ Ini Ada Keberanian – MCA

Negeri Johor Cemerlang Bawah Pimpinan Onn Hafiz, ‘Budak’ Ini Ada Keberanian – MCA

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong memuji kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang...

‘Jangan Risau Johor Ditadbir Oleh Budak, Budak Ini Budak Yang Rajin’ – Mohd Fared

‘Jangan Risau Johor Ditadbir Oleh Budak, Budak Ini Budak Yang Rajin’ – Mohd Fared

23/05/2026
0

JOHOR BAHRU - "Jangan risau walaupun negeri kita ditakbir oleh seorang 'budak', tapi 'budak' ini memang budak yang rajin" Demikian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd