• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Berjubah Dan Berhijab Hebat Timang Bola

oleh Ahmad Albab
17/06/2018
dalam Gaya Hidup, Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Kehebatan seorang gadis menimbang bola dengan memakai jubah dan berhijab baru-baru ini menarik perhatian netizen dan kini video aksinya menjadi tular di laman sosial facebook.

Ini mungkin kerana aksinya yang menimbang bola begitu sahaja dengan memakai jubah yang sepatutnya permainan tersebut dimonopoli kaum lelaki. Namun itu tidak menjadi masalah kepada Qhouirunnisa’ Endang Wahyudi,18.

Beliau yang senang disapa Nisa, berkata beliau memuat naik videonya bukan hanya untuk meraih perhatian dengan penampilannya (berhijab) ataupun menambah ‘follower’ tetapi minatnya yang mendalam terhadap sukan tersebut.

Katanya, sebelum ini beliau sering beraksi (menimbang bola) dan menjadi semakin rancak apabila perlawanan bola sepak berprestij di dunia, Piala Dunia FIFA 2018 yang berlangsung semalam di Rusia.

“Wanita berhijab bukan penghalang untuk menceburi mana-mana bidang sukan atau dalam free style football tetap yang menjadi penghalang adalah diri kita sendiri sama ada mahu ataupun tidak,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Tasik Taman Bandar Botani dekat Klang baru-baru ini.

Anak sulung dari tiga beradik ini yang kini melanjutkan pelajaran dalam jurusan Asasi dalam bahasa Arab dan Sains Islamic di Universiti Al-Madinah, Shah Alam berkata beliau meminati dunia bola sepak ketika menemani adik lelakinya yang bermain futsal dua tahun lalu.

Beliau juga menjadikan pengalaman ketika membuat persembahan bersama dua rakannya di Sunway Velocity Mall sebagai titik tolak dalam meningkatkan lagi mutu permainannya.

Katanya lagi, walaupun permulaan ayahnya tidak membenarkannya untuk menceburi dalam dunia bola sepak ini tetapi bila melihat dirinya gigih berlatih, ayah dan ibunya mula memberi dorongan dan sokongan kepadanya.

Kelincahan pemain dari Perancis, Lisa Zimouche memberi sumber inspirasi kepadanya bagi melihat corak permainan dalam sukan itu.

Ketika ditanya harapan terhadap sukan tersebut, beliau berkata biarpun Malaysia masih gagal layak ke kejohanan bola sepak berprestij itu, Malaysia masih boleh berbangga dengan memiliki seorang remaja perempuan yang mampu menggegar dunia menerusi bakatnya dalam menimbang bola.

“Golongan wanita yang berhijab khususnya kini mampu mempelajari apa sahaja sukan yang sering dimonopoli kaum lelaki dan sentiasa berani menyahut cabaran,” katanya. – BERNAMA

Tags: anak gadis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ‘Anak Dara’ Nombor Ekor Dicekup

16/08/2017
0

PENAMPANG - Tiga ‘anak dara’ dicekup polis selepas didapati terbabit dengan aktiviti penjualan nombor empat ekor dalam serbuan di sebuah...

Gadis ‘Payungkan’ Nenek Cina Jadi Viral

01/08/2016
0

SEKEPING gambar yang memaparkan seorang wanita muslim menggunakan kain tudung untuk menutup kepala seorang nenek berbangsa Cina, demi mengelakkan nenek itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd