• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Ali Pula Sifatkan Mahfuz Tolol Dan Tidak Beradab

oleh AK-47
21/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Petang tadi, Mynewshub menyiarkan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan seramai 92 Ketua UMNO Bahagian yang menyokong Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam ibarat orang mabuk minum todi.

Berikutan itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee tampil memberikan komen pedas terhadap kenyataan Mahfuz itu.

“Wahai Mahfuz! UMNO sanggup korbankan nyawa untuk pertahankan nasib dan masa depan rakyat. Bukannya seperti parti PAS yang sanggup jadi ‘tolol’ kerana mahu mengikut kemahuan DAP dan PKR.”

Tambah Syed Ali, sebagai Ketua Penerangan PAS, Mahfuz tidak peka kepada kesusahan dan keperitan rakyat dalam berhadapan kenaikan harga barangan.

Tetapi kalau parti DAP secara terang-terang menolak hudud dan menanamkan rasa kebencian kepada orang Melayu, sebaliknya PAS menjadi tolol dan senyap.

“Saya mahu memberitahu pemimpin PAS seperti Mahfuz bahawa tindakan saya sebagai Ketua UMNO Bahagian Cheras menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana sanggup mengorbankan dirinya kerana mahu mempertahankan kepentingan rakyat.

“Saya yakin dan percaya bahawa 92 Ketua UMNO Bahagian yang bersama-sama dengan Ismail Sabri bukannya menyokong membuta tuli seperti orang minum todi. Kami sokong berdasarkan kepada fakta! Mungkin pemimpin PAS seperti Mahfuz yang mabuk todi kerana tidak dapat membezakan apa matlamat perjuangan DAP berbanding UMNO?

“Sekarang ini dunia sudah tahu harga minyak sudah turun. Tentulah rasional kalau 93 Ketua UMNO Bahagian menyokong peniaga agar menurunkan harga barang. UMNO bukannya parti PAS yang dayus atau mengikut membuta tuli pendirian pemimpin DAP dalam isu memboikot peniaga Cina yang menaikkan harga barangan.

“Saya cabar Mahfuz jangan hanya nak tunjuk berani kepada UMNO dan hanya nampak kesalahan UMNO! Bila rakyat terbeban dengan kenaikan harga barangan sepatutnya PAS bersama-sama dengan rakyat. Bukannya mengutuk Datuk Seri Ismail Sabri yang sanggup mengorbankan dirinya untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Kata Syed Ali, apa yang dilakukan oleh beliau berserta 92 Ketua UMNO Bahagian yang lain bukan kerana mahu meraih sokongan rakyat. Ini dilakukan kerana prinsip dan sebagai bukti bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang benar-benar berjuang kerana rakyat.

“Di sini saya menyeru kepada rakyat agar dapat menilai PAS sebagai sebuah parti yang hanya bersikap mementingkan diri dan tidak sanggup berkorban kerana kesusahan rakyat.

“Apa yang pemimpin PAS tahu hanyalah menangguk di air yang keruh. Bila PAS rasa dengan isu boikot peniaga Cina ini memberikan keuntungan kepada PAS maka PAS setuju. Parti itu langsung tidak memahami apa makna kesusahan dan keperitan rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barangan,” katanya.

Ismail Sabri baru-baru ini mengeluarkan kenyataan menyelar sikap peniaga Cina yang keberatan untuk menurunkan harga barangan walaupun harga minyak telah berkali-kali turun.

Kenyataan beliau itu menjadi viral di media sosial kerana dianggap sebagai berunsur perkauman kerana merujuk kepada kaum Cina secara eksklusif dalam isu kenaikkan harga barang.

BACA KENYATAAN MAHFUZ DI SINI – Penyokong Ismail Sabri Minum Todi – Mahfuz Omar

VIDEO 92 Ketua Bahagian UMNO Sokong Kenyataan Ismail Sabri

Tags: Ismail SabriMahfuz Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahfuz Sindir PAS Pernah Bersama DAP, Tapi Tiada Label ‘Syaitan’ 

Mahfuz Sindir PAS Pernah Bersama DAP, Tapi Tiada Label ‘Syaitan’ 

15/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – PAS pernah bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, tapi ketika itu tidak kedengaran label 'syaitan'...

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd