• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Beranak Maut Kereta Langgar Lori

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang ibu dan anak perempuannya berusia dua tahun maut manakala suaminya cedera parah selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 79, Jalan Johor-Ayer Hitam, Kluang, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, kereta mangsa jenis Toyota Vios terbabas ke laluan bertentangan dalam keadaan cuaca hujan dan bertembung dengan lori di jalan selekoh di laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham berkata, mangsa Nurul Aqilah Tukoi, 25 dan anaknya, Amanda Nur Keisha Akmal Lutfi meninggal dunia di tempat kejadian manakalasuami yang pemandu kereta, Akmal Lufti Esa, 32, dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang.

“Keluarga tersebut dalam perjalanan dari Simpang Renggam menuju ke Ayer Hitam dan ketika tiba di satu kawasan, Akmal Lufti dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan, menyebabkannya melanggar bahagian depan lori berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, katanya, pemandu lori berusia 56 tahun tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd