• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persatuan Sambut Baik Kenaikan Harga Gas Asli

oleh Ahmad Albab
14/06/2018
dalam Gaya Hidup
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penjajaran harga gas tempatan dengan pasaran antarabangsa telah mewujudkan persekitaran yang berdaya saing dan dinamik, di samping menggalakkan pengagihan penggunaan dan sumber secara berkesan, kata Persatuan Gas Malaysia (MGA).

MGA yang menyokong semakan semula tarif gas asli untuk sektor bukan tenaga di Semenanjung Malaysia bagi 1 Julai hingga 31 Dis, 2018 yang baru diumumkan, berkata langkah itu akan memastikan keselamatan tenaga di negara ini.

“MGA memuji usaha liberalisasi pasaran kerajaan, termasuk kelonggaran dalam harga gas untuk mencapai harga berdasarkan pasaran.

“Sebagai persatuan yang bertanggungjawab ke atas industri gas asli negara, MGA komited untuk membantu pertumbuhan industri dan menganggap pengumuman ini sebagai langkah progresif oleh kerajaan dalam membangunkan lagi pasaran gas,” kata Ketua Setiausaha MGA, Rosman Hamzah dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata MGA yakin medan permainan yang saksama, dalam jangka panjang akan meningkatkan penyertaan dan mengorak langkah bagi kemajuan sosio-ekonomi yang lebih kukuh dalam negara.

Semakan itu, yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga, telah diumumkan oleh Gas Malaysia Bhd hari ini.

MGA berkata ia akan terus meningkatkan kesedaran mengenai manfaat gas asli, memperluaskan penerimaan dalam pembaharuan pasaran gas di Malaysia dan membantu pertumbuhan industri gas asli. – BERNAMA

Tags: Gas asli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azerbaijan Bekal Gas Asli Kepada EU

Azerbaijan Bekal Gas Asli Kepada EU

20/07/2022
0

BAKU, Azerbaijan – Kesatuan Eropah (EU) mengambil langkah alternatif dengan menandatangani perjanjian bekalan gas asli dengan Azerbaijan bagi mengatasi masalah...

Galakkan Guna Gas Asli Kurangkan Kesan Buruk Perubahan Iklim

04/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Penggalakan penggunaan gas asli sebagai bahan api peralihan ketika mempercepatkan penerimagunaan tenaga boleh diperbaharu serta meningkatkan pemuliharaan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd