• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Aidilfitri Paling Bermakna Buat Shaheizy

oleh
14/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Shaheizy Sam menyifatkan sambutan Aidilfitri kali ini memberikan pengalaman cukup berbeza apabila menjelang hari raya ketujuh, dia sekeluarga akan ke Rusia untuk menonton Piala Dunia.

“Insya-Allah, kalau semuanya berjalan dengan lancar dan tiada aral melintang, saya akan bawa keluarga termasuk Mommy (ibu) ke Rusia untuk menonton Piala Dunia,” katanya dipetik Harian Metro.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad berkata, dia menyimpan impian itu sejak empat tahun lalu selepas menonton perlawanan akhir.

“Selepas menonton perlawanan akhir antara Jerman menentang Argentina, saya terus berkata kepada diri saya, pada Piala Dunia 2018 saya akan tengok secara langsung di stadium.

“Jadi, dah alang-alang saya pun memang sedang berehat daripada penggambaran, saya curi masa dan susun jadual untuk membawa keluarga ke Rusia,” katanya lagi.

Sementara itu, berkongsi perkembangan terbaru, Sam memberitahu dia kini sedang berehat selepas selesai menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 yang memakan masa selama setahun tiga bulan.

Ujar adik kepada pelakon terkenal, Zizie Ezette itu lagi, dia akan kembali bekerja menjelang bulan Oktober depan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Shaheizy Sam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shaheizy Sam, Syatilla Melvin Timang Anak Kedua

17/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, Shaheizy Sam menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Syatilla Melvin selamat melahirkan bayi perempuan, jam 9.15...

Syatilla Pergi Kerja, Shaheizy Sam Ambil Tugas Jaga Anak

24/10/2018
0

PELAKON Shaheizy Sam dan isterinya Syatilla Melvin tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa menjaga anak sulung mereka, Syeriv Samheizy. Sam,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd