• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Putus Kepala, Pacuan 4×4 Bertembung Kereta

oleh Ahmad Albab
13/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Seorang remaja lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bersama rakannya bertembung dengan sebuah kereta di Parit Mat Alam, Titi Serong, dekat sini, pagi tadi.

Dalam nahas jam 6.15 pagi itu, mangsa, Ng Yan Heng, 17, berasal dari Tanjung Piandang, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kepala terputus manakala rakannya, identiti belum diketahui yang memandu kenderaan hanya cedera ringan.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di tempat duduk penumpang hadapan Isuzu Dmax tercampak keluar dari kenderaan berkenaan selepas bertembung dengan sebuah PROTON Saga.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, pihaknya menerima laporan kemalangan pada jam 6.30 pagi tadi dan siasatan masih dijalankan.

“Dalam kejadian itu, seorang mangsa lelaki disahkan maut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat,” katanya.

Dalam pada itu, bapa mangsa, Ng Shook Chew, 46, ketika ditemui di pekarangan Hospital Parit Buntar enggan mengulas kerana masih terkejut.

Dia hanya memaklumkan anaknya berkerja di sebuah bengkel mengecat kereta di Nibong Tebal dan memberitahu mahu keluar bersama seorang rakan pada jam 11 malam tadi menerusi panggilan telefon. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kemalanganremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd