• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Pemandu Treler Tercampak Sebelum Maut…

oleh AK-47
12/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERANA terlelap, seorang pemandu treler maut apabila tercampak keluar sebelum dirempuh oleh sebuah kereta dari lorong bertentangan.

Lapor Daily Mail, mangsa Yuttapong Hawilee, 39, gagal mengawal  kenderaannya di lorong kiri lalu masuk lorong kanan sehingga merempuh tembok pembahagi jalan di Chonburi, Thailand pukul 10.30 pagi semalam.

Kejadian yang dirakam daripada dashcam kenderaan saksi itu menunjukkan  bagaimana mangsa tercampak keluar dari trelernya sebelum dilanggar kereta saksi, jenis Honda Accord.

Pasukan paramedik tiba dan segera membawa mangsa ke hospital, namun mangsa meninggal selepas beberapa jam kemudian akibat dari kecederaan yang dialaminya.

Polis kini sedang menyiasat punca kemalangan itu dan tidak menolak kemungkinan mangsa mungkin tertidur ketika memandu yang menyebabkan kenderaannya hilang kawalan.

“Dari apa yang kita tahu, treler ini tiba-tiba merempuh tembok, tetapi kita perlu cari punca kemalangan ini.

“Dari siasatan awal, polis percaya pemandu treler mungkin tertidur atau elak kenderaan lain. Polis juga percaya mangsa tidak memakai tali pinggang keselamatan ketika itu,” kata jurucakap polis yang dipetik portal berkenaan.

Sementara itu, kereta Honda Accord yang terlibat dalam kemalangan itu dibawa ke sebuah bengkel untuk dibaiki dan pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kemalangan mauttercampak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd