• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal Jong-un Jadi Perhatian Di Singapura

oleh AK-47
12/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un tiba di Singapura dengan diiringi konvoi 20 kenderaan termasuk ambulans serta pengawal peribadinya yang berlari di sisi keretanya.

Jong-un tiba di Singapura untuk bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini dalam sidang kemuncak yang julung kalinya antara kedua-dua negara berkenaan.

Pengawal peribadi Jong-un yang memakai sut hitam dilihat berlari bersebelahan kereta limosin hitam tidak lama selepas pesawat yang membawa pemimpin itu mendarat di Lapangan Terbang Changi, kelmarin.

Imej televisyen menunjukkan pengawal peribadi itu berlari di sebelah kereta yang bercermin hitam dan mempunyai bendera Korea Utara ketika kenderaan itu menghampiri Hotel St. Regis di mana Jong-un menginap.

Sebanyak 20 kenderaan menyertai konvoi pemimpin itu termasuk sebuah ambulans.

Aksi pengawal peribadi itu menjadi perhatian pada April lalu apabila mereka dilihat berlari di sisi kereta yang membawa Jong-un ketika pertemuan bersejarah dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.

Jong-un mengarahkan pengawal peribadinya sentiasa ada di sisinya kerana bimbang ada pihak yang mahu membunuhnya.

Singapura adalah negara paling jauh yang pernah dilawati Jong-un dan penerbangan Air China yang dinaikinya menukar nombor penerbangan ketika di udara untuk mengelirukan musuh. – myMetro Online

Tags: Kim Jong-unpengawal peribadi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengawal Peribadi Dipukul Kerana Berpuasa Syukur Bekas Majikan Dipenjara, Denda

Pengawal Peribadi Dipukul Kerana Berpuasa Syukur Bekas Majikan Dipenjara, Denda

28/03/2025
0

KLANG: Dua pengawal peribadi yang dipukul majikan kerana berpuasa empat tahun lalu, bersyukur selepas bekas majikannya dihukum penjara dan denda...

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

TERKINI: Pengawal Peribadi Masih Alami Pendarahan Usus, Perlu Jalani Pembedahan Susulan – Isteri

15/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi yang masih kritikal selepas ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd