• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Glik Dapat Lampu Hijau Untuk Ke Piala Dunia

oleh AK-47
12/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Pertahanan Poland, Kamil Glik mendapat pelepasan kelabnya, Monaco untuk beraksi di Piala Dunia selepas melalui proses pemulihan luar biasa daripada kecederaan ligamen bahu.

Presiden Persekutuan Bolasepak Poland (PZPN), Zbigniew Boniek minggu lalu berkata, Glik tiada peluang untuk beraksi pada Piala Dunia 2018 di Russia selepas mengalami kecederaan itu ketika sesi latihan.

Bahkan, Doktor pasukan, Jacek Jaroszewski menegaskan Glik kemungkinan besar perlu menjalani proses pembedahan.

Bagaimanapun pertahanan berusia 30 tahun itu yang pakar melakukan set piece serta mempunyai sifat kepimpinan cemerlang di atas padang, diberi lampu hijau untuk menyertai skuad Poland selepas menjalani ujian kesihatan penuh di Monaco.

“Selepas ujian hari ini (Isnin) dan mengambil kira perkembangan semasa, Monaco membenarkan Kamil Glik untuk menyertai semula skuad Piala Dunia Poland,” kata Monaco menerusi satu kenyataan.

Kapten Poland, Robert Lewandowski minggu lalu menegaskan kepentingan di benteng pertahanan.

“Dia adalah tulang belakang pasukan di barisan pertahanan,” kata Lewandowski. – AFP

Tags: kamil glikpoland
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Poland Kecewa Dengan Jerman

25/05/2022
0

DAVOS, SWITZERLAND – Jerman telah gagal untuk membekalkan stok kereta kebal tempur kepada Poland yang telah kehabisan bekalan itu selepas...

Presiden AS Bakal Berkunjung Ke Poland Bagi Bincang Konflik Rusia-Ukraine

21/03/2022
0

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan mengunjungi Poland pada Jumaat ini bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden Andrzej Duda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd