• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terbeli iPhone Palsu RM3,499 Dari Lazada

oleh AK-47
12/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUDAH menjadi kebiasaan buat pengguna memilih untuk membeli barangan secara atas talian kerana ia memudahkan dan harganya juga kadangkala harganya jauh lebih murah.

Melalui cara ini, pengguna hanya perlu membuat pesanan barangan dan kemudian melakukan pembayaran menerusi kaedah transaksi wang secara elektronik.

Tetapi hari tidak selalunya cerah, adakala pelanggan menerima barang yang tidak sama dengan apa yang diiklankan.

Terbaharu, seorang wanita di laman Facebook meluahkan rasa kesal apabila iPhone 8 Plus yang dibelinya melalui laman Lazada rupa-rupanya iPhone klon atau palsu.

Menurut Charlene Lau, dia membeli dan melakukan transaksi pembayaran sebanyak RM3,499 kepada laman jual beli popular itu pada 4 Jun lalu.

Bagaimanapun apabila dibuka sahaja kotak iPhone yang diterimanya, mangsa mendapati iPhone yang diterima itu bukan berwarna ‘silver’ seperti yang dipesannya, sebaliknya berwarna kuning emas.

“Sudah bertahun-tahun menjadi peminat setia dan menggunakan pelbagai model iPhone, saya rasa inilah peluang untuk memeriksa sama ada iPhone itu tulen atau palsu,” katanya.

Hasil pemeriksaannya mendapati, terdapat banyak perbezaan pada telefon berkenaan di mana sistem operasinya berbeza dengan iOS tulen.

“Bila saya periksa bahagian About Me, kapasiti yang dipaparkan ialah 256 GB, bukannya 64GB mengikut apa yang telah saya pesan sebelum ini.

“Tambahan, nombor siri, model, nombor IMEI di dalamnya juga tidak sama dengan yang dinyatakan pada kotak iPhone,” katanya.

Apabila Charlene cuba memuat naik kemaskini terkini bagi aplikasi WhatsApp, secara automatiknya paparan skrin dihalakan ke Google Play Store (Android), sedangkan ia sepatutnya membuka App Store.

Bukan sahaja iPhone 8 Plus itu palsu, malah Charlene mendakwa aksesori yang disertakan juga kelihatan lama dan palsu, selain mengetahui peranti itu rupa-rupanya model klon dari China.

Ekoran kejadian itu, Charlene membuat aduan kepada polis dan menghubungi perkhidmatan pelanggan agar barang atau wang pembayarannya dapat dikembalikan semula.

Terdahulu, Charlene mendedahkan ada pihak yang menghubunginya selepas mengetahui post Facebooknya itu viral di media sosial. Pihak berkenaan katanya, telah meminta dia menurunkan gambar dan status post Facebook itu.

“Mereka menghubungi dan menawarkan pilihan kepada saya sama ada mahu diganti dengan iPhone tulen atau wang dikembalikan dengan baucar tambahan RM100.

“Dalam masa yang sama, mereka menyedari posting saya di Facebook dan meminta saya memadam post tersebut selepas masalah ini diselesaikan,” katanya.

Difahamkan, pihak pengedar akan menghantar iPhone 8 64GB warna silver kepada Charlene sendiri dan dalam masa yang sama mengambil kembali iPhone palsu berkenaan untuk tujuan siasatan.

Tidak lama selepas itu, iPhone 8 Plus berwarna silver saiz 64GB itu telah dihantar dan Charlene mengesahkan di telah menerima peranti berkenaan.

Charlene memuji kepantasan pihak berkenaan menyelesaikan masalah tersebut. Meskipun begitu, Charlene menasihatkan orang ramai berhati-hati apabila berbelanja di talian bagi mengelakkan perkara seumpama itu berulang lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: iPhone 8 PlusLazadaperanti pintar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengawal Jong-un Jadi Perhatian Di Singapura

Next Post

Pengurus Hartanah Ratah Rakan Sekerjanya

Related Posts

Tentera Thailand Boikot Lazada

10/05/2022
0

BANGKOK: Tentera Diraja Thailand melarang unitnya memesan produk melalui platform dalam talian Lazada selain turut menyekat penyedia perkhidmatan itu menghantar...

Kenapa KPM Lewat Agih Laptop? – Najib

26/04/2021
0

DARI FB NAJIB RAZAK BANTUAN 150,000 unit peranti bagi murid-murid golongan B40 dilulus dalam bajet 2021. Dijanji kerajaan untuk dipercepatkan...

Next Post

Pengurus Hartanah Ratah Rakan Sekerjanya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd