• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Percaya Pada Takdir, Kamal Mohon Doa Baik-Baik

oleh
12/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON popular, Kamal Adli sedar dirinya bakal dihujani dengan soalan tipikal membabitkan soal kahwin dan jodoh dalam kalangan keluarga serta teman bila menjelang Aidilfitri nanti.

Begitupun, jejaka ini dilihat tidak mudah melatah mahupun bosan setiap kali diajukan mengenai hal seumpama itu sebaliknya sentiasa tenang dan bijak berbicara berkaitan hal peribadi dirinya itu.

Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, berkata dia percaya pada takdir dan soal jodoh itu terletak di tangan Tuhan. Justeru, dia memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya.

“Kalau ikut hati, memang saya mahu menjadikan Aidilftri kali ini sebagai sambutan raya terakhir sebagai orang bujang.

“Tapi siapalah saya untuk cakap soal jodoh kerana ia ketentuan Allah. Namun saya mengharapkan orang bertanya itu mendoakan yang baik-baik untuk saya,” katanya dipetik Harian Metro.

PELAKON popular, Kamal Adli.

Meskipun selama ini sering dikaitkan dengan Emma, aktor yang bakal menyambut Aidilfitri di Pekan, Pahang ini bagaimanapun akui tidak berani bercakap soal jodoh dengan pelakon wanita terbabit.

“Kalau benar sudah tertulis jodoh saya dengan dia, saya menerima dengan tangan terbuka. Namun selagi belum ada jodoh biarlah kami berkawan seperti biasa,” ujar Kamal.

Ditanya mengenai hari raya dan mungkinkah dia akan beraya bersama Emma tahun ini, Kamal menjawab ‘teman tapi mesra’ itu akan mengikut ayahnya pulang berhari raya di Terengganu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Emma MaembongKamal Adli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada...

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

26/06/2023
0

SINGAPURA: Mahkamah Singapura membenarkan penangguhan dua minggu lagi untuk pendakwa raya menjalankan siasatan lanjut ke atas seorang lelaki yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd