• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Johor Kawal, Ronda Lebih Kerap Di Jalan Persekutuan

oleh Ahmad Albab
12/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor akan mengadakan kawalan dan rondaan lebih kerap di kawasan jalan persekutuan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan keselamatan sempena Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2018 mulai 8 hingga 24 Jun ini.

Pengarahnya Razali Wagiman berkata seramai 183 anggota dan pegawai JPJ akan terlibat dengan operasi kali ini dengan mengadakan rondaan dan memberikan tumpuan kepada kesalahan yang boleh mendatangkan mudarat ketika dalam perjalanan.

“Anggota yang terlibat adalah daripada JPJ cawangan, stesen penguatkuasaan dan stesen kawalan sempadan. Anggota daripada bahagian kejuruteraan automotif pula akan membuat pemeriksaan teknikal kenderaan khususnya bagi pemeriksaan bas di depoh sebelum perjalanan bermula.

“Setiap tahun, kita berusaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya dan pada musim perayaan ini, kita menyasarkan untuk mengurangkannya hingga 50 peratus bagi kenderaan motosikal dan persendirian,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan di Terminal Bas Larkin Sentral, di sini, malam tadi.

Beliau berkata pihaknya akan memberi tumpuan kepada kesalahan-kesalahan yang boleh menjurus kepada kemalangan seperti memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar, memotong barisan serta melanggar lampu isyarat merah.

Dalam tempoh dua hari sejak Op HRA dilaksanakan, katanya sebanyak 195 saman telah dikeluarkan atas pelbagai jenis kesalahan.

Beliau berkata orang ramai yang melihat sebarang perbuatan menyalahi undang-undang ketika dalam perjalanan boleh membuat aduan melalui email jpj.spab.gov.my atau [email protected], serta Facebook JPJ Johor, atau WhatsApp talian 011-5111 5252 atau menghubungi talian hotline JPJ Johor – 07-354 3544. – BERNAMA

Tags: Jalan PersekutuanJPJ
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd