• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wawasan 2020 Boleh Dicapai Pada 2025

oleh Ahmad Albab
12/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang memperkenalkan Wawasan 2020, berkata matlamat wawasan itu hanya dapat dicapai menjelang 2025 atau mungkin lebih awal lagi. Perdana Menteri berkata kelewatan itu berpunca daripada pelaksanaan dasar yang tidak sesuai dengan usaha mencapai aspirasi Wawasan 2020. Dengan hanya dua tahun lagi menjelang 2020, Dr Mahathir menyuarakan keraguan tentang kemampuan Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi pada masa itu.

“Walaupun kita bekerja keras siang dan malam, saya tidak fikir kita boleh mencapainya pada 2020.

“Mungkin ia akan (mengambil masa) agak lama daripada itu, mungkin 2025 atau mungkin lebih (awal) jika kita mengamalkan dasar yang betul,” kata beliau pada Persidangan Antarabangsa Ke-24 mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei di sini, Isnin.

Dr. Mahathir merupakan perdana menteri keempat Malaysia semasa beliau mengilhamkan Wawasan 2020 pada 1991, yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju pada 2020.

Beliau menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003.

Dr. Mahathir kini dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun termasuk untuk menghadiri Persidangan Nikkei itu.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke luar negara sejak menjadi perdana menteri ketujuh selepas mengetuai Pakatan Harapan memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya umum bulan lepas. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd