• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Peruntukkan RM150 Juta Atasi Masalah Air

oleh Ahmad Albab
11/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SADONG JAYA – Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM150 juta untuk mengatasi masalah air di empat daerah yang terjejas di Sadong Jaya, kata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata empat daerah yang terjejas itu meliputi kawasan Sadong Jaya, Simunjan, Asajaya dan Sebuyau sehinggalah ke Sebangan.

“Masalah air ini berpunca daripada kebocoran paip bawah tanah yang telah berusia lebih 40 tahun dan satu pendekatan yang baharu perlu diambil agar pemasalahan ini dapat diselesaikan secepat mungkin dalam jangka masa pendek dan panjang.

“Apa yang telah kita (kerajaan negeri) putuskan hari ini ialah kita akan membina saluran paip baharu menggunakan beberapa kaedah agar masalah paip bawah tanah bocor tidak akan berulang lagi di masa akan datang,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat bersama Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak bersempena dengan Majlis Tinjauan Mesra Ketua Menteri Sarawak ke Sadong Jaya di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah JBALB Sarawak, Ir. Daniel Wong dan Menteri Kemudahan Awam, Datuk Seri Stephen Rundi Utom.

Abang Johari berkata, satu pasukan komuniti khas akan dibentuk untuk memantau projek pembangunan serta baik pulih saluran paip itu kelak.

“Saya minta pihak berkenaan untuk membangunkannya dalam tempoh 18 bulan. Antara kaedah yang akan digunakan adalah saluran paip yang melintasi jambatan Batang Sadong dan paip tinggi mengikut jalan agar kebocoran di masa akan datang dapat dilihat dengan nyata.

“Projek ini akan dibayai menggunakan dana negeri tanpa bantuan persekutuan dan dipantau sepenuhnya oleh JBALB negeri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Abang Johari Tun Openg
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tidak Perlu Terburu-buru Bentuk Kabinet Negeri’

19/12/2021
0

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri. Malah,...

Jangan Takut Ambil Vaksin Covid-19 – Abang Johari

26/02/2021
0

PETRA JAYA - "Semua okay, tiada rasa apa-apa. Janganlah takut ambil vaksin," itu kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd