• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penguatkuasa PBT Perlu Lebih Sabar, Tidak Emosi

oleh Ahmad Albab
11/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pegawai penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dinasihatkan supaya lebih bersabar serta tidak terlalu emosi ketika menjalankan pemantauan dan operasi terutamanya melibatkan pemeriksaan lesen dan permit perniagaan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata mereka seharusnya perlu lebih bertanggungjawab dan berhemah bagi mengelak berlakunya konflik yang boleh menyebabkan pergaduhan dan salah faham.

Ia susulan satu klip video yang menunjukkan pergaduhan antara penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan peniaga di Jalan Taiping, Klang mula tular di media sosial.

“Saya sudah hubungi Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin dan beliau memaklumkan pada saya yang insiden tersebut bermula pada hari sebelum kejadian, terdapat salah faham antara penguatkuasa dan peniaga.

“Jadi saya nak nasihatkan pegawai kerajaan dan penguatkuasa tidak kira daripada kementerian saya pun, mereka perlu ada kesabaran dan tidak menunjukkan emosi sampai memukul orang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen keselamatan kebakaran sempena sambutan Hari Raya di sini, hari ini.

Dalam video berdurasi 46 saat itu berlaku insiden tegang membabitkan penguatkuasa MPK dan peniaga sehingga menyebabkan kejadian tumbuk-menumbuk antara mereka.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pilihan raya PBT yang mungkin boleh dilaksanakan dalam masa sekurang-kurangnya tiga tahun lagi, Zuraida berkata tempoh itu tidak terlalu lama kerana mengambil kira pelbagai faktor penting.

Beliau berkata kerajaan perlu mengkaji semua kertas kerja dan pelbagai sistem yang berkaitan dengan undang-undang sedia ada sebelum boleh melaksanakan pemilihan tersebut.

“Proses ini memang lama kerana kita perlu bincangkan di peringkat Kabinet terlebih dahulu sebelum meneruskannya, dan pihak kerajaan negeri juga perlu bersetuju untuk adakan pilihan raya. Kita boleh cadangkan tetapi pada akhirnya terserah kepada mereka untuk teruskan atau menolak (cadangan itu),” katanya.

Zuraida sebelum ini dilaporkan berkata buat masa ini kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu mengutamakan pelbagai perkara penting lain terlebih dahulu seperti memastikan kedudukan kewangan negara stabil, sebelum mengadakan pemilihan PBT. – BERNAMA

Tags: Zuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd