• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

21 ADUN ‘Boikot’ Persidangan DUN Khas Sabah

oleh Ahmad Albab
12/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seramai 21 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah termasuk bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman tidak menghadiri Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang diadakan di sini, hari ini.

ADUN berkenaan ialah 11 orang daripada UMNO; enam (Parti Bersatu Sabah); dua (Parti Solidariti Tanah Airku); dan masing-masing seorang daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah dan UPKO.

Persidangan khas yang merupakan sidang DUN pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lepas itu dimulakan kira-kira pukul 10.23 pagi tanpa kehadiran kesemua ADUN berkenaan.

Selain pemasyhuran speaker Dewan, persidangan khas DUN Sabah itu turut menyaksikan upacara angkat sumpah seramai 43 ADUN termasuk tiga ADUN dilantik.

Upacara angkat sumpah itu didahului oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diikuti tiga timbalannya iaitu Datuk Seri Wilfred Madius Tangau; Christina Liew; dan Datuk Jaujan Sambakong.

Persidangan khas itu turut mengemukakan usul undi percaya kepada Mohd Shafie sebagai ketua menteri yang dikemukakan oleh Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri. – BERNAMA

Tags: adun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

09/08/2026
0

GEORGE TOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng mendakwa beliau membantu melestarikan syiar...

Gabungan 10 ADUN BN, PN Angkat Sumpah EXCO Negeri Sembilan

Gabungan 10 ADUN BN, PN Angkat Sumpah EXCO Negeri Sembilan

07/08/2026
0

KUALA PILAH - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd