• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Barang: Pengguna Perlu Bantu KPDNKK

oleh Ahmad Albab
12/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) sejak 2000 bagi melindungi pengguna daripada peniaga yang mengaut cuba keuntungan berlebihan.

Menerusi SKHMP, pengguna mudah mendapatkan barang keperluan dengan harga siling yang ditetapkan pada musim perayaan, bagaimanapun ia berbeza tahun ini apabila kebanyakan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang basah berikutan berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Berikutan itu, pada sidang media 30 Mei lepas, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan pelaksanaan SKHMP bagi mengekang peniaga menaikkan harga barang terutamanya barang basah melebihi harga yang ditetapkan KPDNKK menjelang sambutan Aidilfitri ini.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata peniaga yang tidak bertanggungjawab sering mengambil kesempatan menaikkan harga setiap kali pengumuman kenaikan harga barang asas, seperti harga petrol, kadar tol dan tarif elektrik dibuat.

“Kenaikan harga barang asas itu sebenarnya hanya memberi kesan minima kepada kenaikan kos harian peniaga dan mereka kerap memberi alasan menaikkan harga kerana kos pengangkutan.

“Walaupun KPDNKK mewujudkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, namun ia dilihat tidak berjaya sepenuhnya dalam mengekang peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga apabila tiada pemantauan dibuat pihak berkuasa,” katanya kepada Bernama.

Mohd Yusof berkata Fomca berharap kerajaan akan memastikan akta tersebut terus dilaksanakan agar rakyat tidak dibebani dengan peningkatan harga daripada peniaga pada masa depan.

Selain itu, beliau menasihatkan pengguna untuk membuat aduan kepada KPDNKK atau pihak berwajib sekiranya mendapati peniaga menaikkan harga barang keperluan melebihi harga yang ditetapkan bagi membantu KPDNKK mengesan golongan yang tidak bertanggunjawab itu.

“Pengguna boleh juga menghentikan pembelian barang yang dinaikkan harga, ia dapat memberi tekanan kepada peniaga untuk menurunkan harga pada kadar yang berpatutan,” katanya.

Mohd Yusof berkata walaupun tahun ini KPDNKK tidak melancarkan Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan, namun anggota penguat kuasa KPDNKK perlu meneruskan pemantauan harga seperti biasa.

Dalam perkembangan lain, beliau bersetuju dengan saranan bekas Presiden Fomca Datuk Prof Mohd Hamdan Adnan agar kerajaan mempertimbang menubuhkan jawatankuasa khas atau suruhanjaya bagi memperhalus keperluan dan hak-hak pengguna di negara ini.

Jawatankuasa tersebut berperanan mengambil tindakan terhadap penjualan produk dan makanan tidak selamat kepada pengguna kerana ketika ini didapati banyak alat mainan kanak-kanak, alat ganti kenderaan, kosmetik, ubat-ubatan yang tidak selamat dijual secara berleluasa tanpa kawalan, katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd