• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Pergaduhan Di Bazar Aidilfitri, 2 Lelaki Ditahan

oleh
10/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA tidak dapat mengemukakan lesen perniagaan dan bergaduh dengan pihak berkuasa, dua peniaga ditahan polis bagi menjalankan siasatan.

Pergaduhan tercetus apabila penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) menjalankan pemeriksaan di Bazar Aidilfitri Jalan Taiping, Klang malam tadi.

Penguat kuasa MPK datang ke gerai peniaga tersebut kira-kira jam 9.40 malam dan meminta peniaga menunjukkan lesen perniagaan, namun permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi.

Lapor akhbar tempatan, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, kedua-dua lelaki berusia 18 dan 41 tahun itu ditahan di sekitar perkarangan Balai Polis Sungai Kapar Indah ketika diminta hadir memberi keterangan.

“Ketika pengadu (penguat kuasa MPK) memperkenalkan diri kepada pemilik gerai minuman dan meminta dia menunjukkan lesen perniagaan, suspek gagal mengemukakan lesen seperti yang diminta pengadu.

“Semasa pengadu bersama pasukannnya ingin menyita balang minuman, suspek cuba menghalang. Berlaku pertengkaran mulut antara kedua pihak sebelum berlaku pergaduhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh penguat kuasa MPK dan orang awam di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

Lebih menyedihkan apabila pergaduhan tersebut berlaku di salah sebuah masjid ketika imam sedang mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran.

Kejadian tersebut bukan kali pertama berlaku, sebelum ini peniaga pernah dikenakan tindakan atas sebab yang sama.

“Siasatan awal pihak kita mendapati gerai suspek pernah diambil tindakan sitaan pada Ahad lalu.

“Pihak MPK juga pernah memberi amaran sebelum ini, namun suspek masih menjalankan perniagaan tanpa lesen,” ujarnya.

Menurutnya lagi, insiden tersebut menyebabkan seorang anggota penguat kuasa MPK mengalami kecederaan di muka dan kesemua air yang dijual oleh peniaga tumpah.

Kedua-dua suspek akan ditahan selama empat hari sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada penjawat awam.

Semasa kejadian, video sempat dirakam oleh orang awam yang berada di kawasan terbabit dan tular di media sosial. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: penguat kuasa MPKpeniagapergaduhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd