• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerana Iklan ‘Raya Chin’, Pauline Mula Dikenali Ramai

oleh
08/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAUT wajahnya boleh dikatakan 100% Chiness look, tetapi keayuan wajahnya beberapa kali dilihat membintangi iklan bersempena Aidilfitri ini tetapi siapakah gerangan pemilik nama Pauline Tan?

Kini, Pauline mula dikenali ramai apabila netizen seakan-akan tercari-cari siapakah gerangan individu yang telah memegang watak sebagai ‘Chin’ dalam iklan Raya Chin terbitan Star Media Group (SMG) baru-baru ini.

Pauline merupakan pendatang baharu dalam industri hiburan tanah air dan ia menyebabkan wajahnya agak kurang dikenali ramai lebih-lebih lagi dalam segmen pasaran industri hiburan Melayu.

“Saya sangat gembira, selepas iklan ini disiarkan saya dapat banyak perhatian. Paling teruja apabila netizen mula ‘spam‘ di Instagram saya dengan like.

“Ada juga yang komen memuji lakonan saya sebagai Chin. Ramai juga yang mesej saya melalui Instagram Direct,“ katanya dipetik daripada portal mStar Online.

Kini, iklan Raya Chin kini telah berada di tangga ke-9 laman YouTube Malaysia sehingga membuatkan ia trending apabila ditonton sebanyak hampir 140,000 kali.

Selain itu, Pauline yang juga merupakan salah seorang peserta Miss Malaysia 2015 itu turut berasa sangat teruja kerana dalam bersama-sama menjayakan iklan dengan produksi SMG Studio.

“Ketika pihak produksi SMG menghubungi saya dia ada maklumkan bahawa pengarah dan kru adalah kakitangan SMG yang masih amatur dalam menerbitkan produk komersial seperti ini.

“Namun selepas membaca skrip dengan jalan cerita yang tidak klise membuatkan saya yakin dengan mereka. Nampaknya saya buat keputusan yang betul,” ujarnya lagi.

Sebagai pendatang baharu, Pauline akui bahawa dia perlu memperbaiki lebih banyak lagi aspek lakonan agar mudah diterima oleh penonton Melayu.

Antaranya ialah dia perlu memperbaiki lebih lagi penguasaan bahasa Melayunya supaya lebih jelas apabila didengar.

Selain membintangi iklan Raya Chin, Pauline juga telah berjaya menjayakan iklan raya Telekung Siti Khadijah.

Sebelum ini, gadis muda berusia 25 tahun itu juga pernah membintangi drama Kebaya Mek Hwa di bawah arahan Sabri Yunus. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Iklan RayaNetizenPAULINE TAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

JDT Family Dinner Terima Pujian Netizen, Kukuhkan Hubungan Warga Pasukan

JDT Family Dinner Terima Pujian Netizen, Kukuhkan Hubungan Warga Pasukan

28/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Penganjuran majlis JDT Family Dinner yang dihadiri Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd