• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

315 Kakitangan JPJ Pahang Bertugas Sepanjang Raya

oleh Ahmad Albab
08/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seramai 315 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang akan bertugas sepanjang Op Aidilfitri 2018 melibatkan 11 stesen penguatkuasaan.

Pengarahnya Mohammad Abdullah berkata operasi itu, yang bermula hari ini sehingga 24 Jun, memberi penekanan kepada tujuh kesalahan utama iaitu tidak mematuhi lampu isyarat, memotong di garisan berkembar dan menggunakan telefon bimbit.

Kesalahan lain ialah memotong barisan, tidak memakai tali pinggang keledar, memandu di lorong kanan secara berterusan dan memandu di lorong kecemasan, katanya.

“Kita juga menggunakan 23 kamera Go Pro yang membantu memberi peringatan kepada pengguna untuk tidak melanggar undang-undang. Kita bukan mahu menghukum, tetapi lebih kepada sasaran mahu mengurangkan kadar kemalangan maut.

“Ini merangkumi sasaran mencapai 10 peratus penurunan kadar kematian akibat kemalangan di lebuh raya, 50 peratus penurunan kemalangan melibatkan kenderaan persendirian dan motosikal serta sifar kemalangan melibatkan kenderaan berat seperti bas dan lori,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau menyertai Program Ziarah Kasih Ramadan anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi JPJ Pahang di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom di sini. Turut hadir Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang Zulkhairi Zainul Abidin dan Pengetua rumah berkenaan Norsuriani Kamarudin.

Mohammad berkata JPJ Pahang akan melaksanakan operasi bersepadu secara besar-besaran bermula sebelum dan selepas Aidilfitri pada 13 Jun dan 23 Jun ini.

JPJ Pahang juga melakukan praoperasi termasuk mengadakan pemeriksaan di tujuh depot bas sekitar negeri ini melibatkan pemeriksaan teknikal seperti brek, lampu, tayar dan log pemandu yang bertugas.

“Setakat ini, semua pemandu dan pemilik bas di Pahang tidak mempunyai saman tertunggak dan bebas kesalahan.

“Pemeriksaan ini adalah untuk keselamatan penumpang dan kita tidak mahu pemandu mengejar perjalanan sehingga mengabaikan aspek keselamatan yang wajib dipatuhi sebelum memulakan perjalanan,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPJOp Aidilfitri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd