PENYANYI, Aiman Tino berkata masih belum bersedia untuk menjalin hubungan cinta meskipun mengakui memang ada berkawan dengan seorang gadis.
Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri berkata, hubungannya dengan gadia itu hanya sekadar kawan dan tidak lebih daripada itu.
“Saya belum terfikir ke tahap itu kerana fokus utama sekarang sepenuhnya pada karier nyanyian. Namun, saya tidak nafikan ada juga berkawan tetapi hubungan itu sekadar sahabat sajalah.
“Kalau ‘kekasih’, layanan mungkin berbeza.Tetapi, hubungan saya dengan gadis itu hanya berkawan,” kata Aiman dipetik Harian Metro.

Pun begitu, Aiman dikatakan enggan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan sebaliknya menerima gosip yang timbul secara terbuka.
“Apa saja gosip cinta mengenai saya itu, ia adalah sebahagian lumrah hidup sebagai insan seni. Saya terima dan inilah penjelasan saya. Kini, saya hanya selesa berkawan saja dan tidak bercinta,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Aiman memberitahu dia lebih selesa menumpukan perhatian pada bidang suara seni buat waktu ini dan bakal muncul dengan single terbaru selepas Aidilfitri nanti. – MYNEWSHUB.CC
