• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zambry Kosongkan Kediaman MB Dalam 10 hari

oleh AK-47
09/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir sudah pun mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar di Jalan Raja Dihilir di Ipoh, dalam tempoh 10 hari.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, Zambry juga sudah mengosongkan kediaman rasmi berkenaan dalam tempoh yang lebih awal berbanding tempoh tiga bulan yang diberikan kepadanya untuk berbuat demikian.

“Zambry mengambil masa lebih kurang 10 hari untuk mengosongkan kediaman rasmi berkenaan bagi memindahkan barang peribadi beliau.

“Kediaman berkenaan sudah diduduki selama lebih lapan tahun dan adalah tidak logik untuk memindahkan semua barangan peribadi dalam masa sehari,” katanya dalam satu kenyataan.

Saarani mengulas kenyataan yang dikeluarkan seorang pengguna laman Facebook yang menggunakan nama Mariam Mokhtar Admrl-Gen yang mempertikaikan tindakan Zambry yang masih belum mengosongkan kediaman berkenaan selepas tidak lagi bergelar Menteri Besar.

Individu berkenaan juga turut memuat turun kenyataannya melalui laman YouTube yang berdurasi selama kira-kira tiga minit mempertikaikan tindakan Zambry masih mendiami kediaman rasmi berkenaan dan mendakwa tempoh sehari memadai untuk memindahkan semua barangan peribadi yang ada.

Saarani berkata, ketika Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran Perak pada 2009, tempoh masa yang sama turut diberikan kepada bekas Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin untuk mengosongkan kediaman rasmi berkenaan.

“Buat makluman, Kerajaan Negeri BN dahulu pun beri masa tiga bulan untuk Datuk Seri Nizar dan beliau gunakan masa itu sepenuhnya,” katanya. – myMetro Online

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadirkediaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd