• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Lakon Drama, Eyka Tak Masuk Kelab Malam!

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI bulan mulia ini, pastinya semua umat Islam akan berebut-rebut melakukan amal ibadat tetapi fitnah pula melanda diri pelakon Eyka Farhana apabila dituduh berkunjung ke kelab malam pada bulan Ramadan ini.

Beberapa hari lalu, Eyka telah memuat naik gambar ketika dia sedang menjalani penggambaran bagi drama berjudul Banteras.

“Saya tidak pergi kelab malam pada bulan Ramadan, saya tidak seteruk itu. Ia hanya penggambaran sebuah drama, ada babak berhibur di kelab malam.

“Namun pihak produksi pun tidak ke kelab malam sebenar, mereka hanya buat mock up set seperti dalam sebuah kelab sahaja,” katanya ketika dihubungi oleh pihak mStar Online.

https://www.instagram.com/p/BjhX0JhFCZo/?taken-by=eykafarhana

Selepas memuat naik gambar itu, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi memberitahu bahawa dia telah menerima kecaman yang teruk oleh netizen apabila disangka berkunjung ke pusat hiburan.

Bagaimanapun, pelakon muda berusia 23 tahun itu tidak menyalahkan netizen kerana kemungkinan salah faham itu datang daripada dirinya sendiri akibat tidak meletakkan penjelasan di ruangan caption.

“Saya ada hastag nama watak dan drama tapi mungkin sebab saya tidak jelaskan di kapsyen membuatkan netizen salah tafsir,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, pelakon filem Polis Evo itu turut berasa bersyukur kerana impiannya untuk berlakon bersama aktor idolanya, Khir Rahman telah menjadi kenyataan apabila drama berkenaan bakal disiarkan di Astro Ria tidak lama lagi.

“Seronok dapat berlakon Khir Rahman kerana dia banyak beri tunjuk ajar dan selama ini pun saya memang minat melihat lakonannya yang bersahaja,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: eyka farhanaNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd