• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iceland Kekal Teraman Di Dunia, Syria Paling Teruk

oleh AK-47
29/11/2021
dalam Antarabangsa, Berita, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Keamanan di seluruh dunia sejak setahun lalu semakin teruk disebabkan konflik global gagal diselesaikan manakala kuasa dunia termasuk Amerika Syarikat menghadapi ketidakstabilan politik, menurut kajian ‘Indeks Keamanan Global’ ke-12 oleh Institut bagi Ekonomi dan Keamanan, Australia.

Berasaskan kepada tahap keamanan masing-masing, kajian membabitkan 163 negara dan wilayah berdaulat itu mendapati dunia semakin kurang aman sebanyak 0.27 peratus berbanding 2016.

Ini berikutan keamanan di 92 negara semakin terjejas dan hanya 71 negara bertambah baik, menurut kajian yang disiarkan kelmarin, lapor portal usnews.

Iceland menduduki tempat teratas sebagai negara paling aman, mengekalkan kedudukannya sejak 2008 diikuti New Zealand, Austria, Portugal dan Denmark.

Sementara itu, Syria yang dilanda perang, adalah negara paling bergolak untuk tahun ke-6 diikuti Afghanistan, Sudan Selatan, Iraq dan Somalia.

Ekonomi global mendapat kesan buruk selepas jurang semakin melebar di antara negara paling bergolak dan aman.

Impak keganasan memberi kesan teruk kepada ekonomi global membabitkan kerugian AS$14.8 trilion (RM58.82 trilion) pada 2017 atau bersamaan 12.4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar Dunia atau hampir AS$2,000 (RM7,950) seorang.

Kajian itu juga menyatakan, keganasan di Amerika sahaja bernilai hampir AS$4,500 (RM17,887) setiap seorang.

Kajian itu menilai keamanan global berdasarkan aspek keselamatan masyarakat, tahap konflik domestik atau antarabangsa semasa dan ketenteraan.

Penyelidik meletakkan 23 kategori keamanan untuk menetapkan markah termasuk jumlah korban keganasan dan konflik di sesebuah negara, bilangan pembunuhan per kapita dan purata perbelanjaan ketenteraan berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar dengan setiap satunya diberi lima markah. – Agensi

Tags: amanDunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MYTV Gantung Siaran Awesome TV

Dunia Kutuk Kekejaman Israel Bom Hospital

19/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Pemimpin dunia mengutuk dan mengecam tindakan Israel mengebom sebuah hospital di Gaza yang menyebabkan lebih 500 orang terkorban...

3 Julai Hari Paling Panas Di Dunia

3 Julai Hari Paling Panas Di Dunia

05/07/2023
0

NEW YORK: Dunia mencatatkan suhu purata tertinggi yang pernah direkodkan pada 3 Julai lalu. Ikuti Mynewshub: Telegram Berdasarkan data daripada Pusat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd