• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Tiga Kali Gugur, Isteri Black Hamil Lagi

oleh
07/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS mengalami tiga kali keguguran, isteri kepada penyanyi, Black Hanifah iaitu Naquia Yasirah Mohd Khairi atau lebih mesra disapa sebagai Cira kini kembali hamil.

Memetik laporan BH Online, Black berkata kehamilan Cira tentunya dianggap rezeki yang mengubat kedukaan lalu dan dia memilih untuk berkongsi berita gembira itu selepas mendapat pengesahan doktor.

“Saya berkongsi berita ini kerana ramai juga yang bertanyakan mengenai kehamilan itu. Bukan apa, lebih baik tunggu sehingga kandungan sudah sihat, baru saya berani berkongsi dengan orang ramai.

“Saya memohon kepada semua untuk mendoakan kesejahteraan dan kesihatan isteri kerana sudah tiga kali saya bersedih apabila Cira alami keguguran. Semoga kehamilan kali ini dipermudahkan.

“Perkongsian ini dibuat selepas kami berjumpa doktor, baru-baru ini. Begitupun, jantina anak belum dapat dipastikan. Alhamdulillah, apa yang penting isteri dan kandungan sihat,” kata Black.

Bercerita mengenai pengalaman isterinya sepanjang trimester pertama kehamilan, penyanyi itu memberitahu ia tidak banyak berbeza jika dibandingkan dengan pengalaman ketika Cira mengandungkan anak pertama mereka.

“Pada awal kehamilan, Cira sukar untuk bangun dan lebih selesa berada di rumah. Malah, dia juga tidak mempunyai selera makan,” tambah Black.

Ujarnya lagi, bagi menjaga kandungan, Cira banyak meminta pendapat serta nasihat daripada doktor pakar sakit puan iaitu Prof Norehan daripada Hospital Kuala Lumpur.

Black dan Cira mendirikan rumah tangga pada September 2013. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Khaleef Dayyan yang kini berusia tiga tahun. – MYNEWSHUB.CC

Tags: black hanifahblack mentor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Dayyan Dapat adik’

26/10/2018
0

KUALA LUMPUR -Penyanyi Black Hanifah menyambut cahaya mata kedua iaitu bayi perempuan, pada jam 1.56 pagi tadi. Berita gembira itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd