MENGEJUTKAN… Seorang lelaki tidak menyangka hidungnya yang sakit selama ini adalah disebabkan oleh seekor lintah.
Lelaki yang tidak dinamakan dan berasal dari China itu, terkejut apabila melihat doktor menarik keluar lintah yang kekenyangan dari dalam rongga hidungnya.
Namun tidak diketahui bagaimana lintah berkenaan boleh masuk ke dalam hidung lelaki tersebut.
Menurut seorang penyelidik dari New York, Mark Siddall, lintah boleh melekat di kulit manusia selain dalam hidung dan mulut. Apabila keadaan ini berlaku, penghidapnya dikenali sebagai hirudiniasis.
Lintah boleh menyedut darah lima kali melebihi badannya namun saiznya tidak akan berkembang dengan cepat.
Pada 2014, seekor lintah sepanjang tiga inci telah dikeluarkan dari hidung seorang pengembara dari Scotland selepas hidungnya sering berdarah.
Menurut doktor, lintah itu hidup di dalam hidung lelaki berkenaan selama sebulan sebelum ia dikeluarkan. – MYNEWSHUB.CC