• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kakitangan Kemas Kekal – Rina Mohd Harun

oleh Ahmad Albab
07/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANTING – Jawatan 17,539 kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berstatus kontrak dan tetap daripada pelbagai jurusan dan gred dikekalkan, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun.

Beliau berkata setiap kakitangan diminta melaksanakan tugas hakiki masing-masing terutamanya guru-guru dengan memberi fokus kepada tugas pengajaran.

“Kesemua kakitangan Kemas diambil melalui lantikan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) namun kami mendapati kira-kira 600 daripada mereka aktif dalam politik untuk parti tertentu,” katanya selepas membuat lawatan ke Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas Kampung Olak Lempit di sini hari ini.

Sekiranya mereka masih mahu aktif terlibat dalam politik, mereka akan diberi “kata dua” sama ada mahu kekal sebagai guru atau melepaskan jawatan tersebut, katanya.

Rina berkata pertemuan dengan semua kakitangan Kemas akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri yang antara lain bertujuan untuk memperjelaskan arahan tersebut.

Dalam pada itu, Rina berkata silibus baharu untuk pendidikan di Tabika Kemas akan diperkenalkan tahun depan.

“Kajian pihak luar akan diambil kira dalam penyediaan silibus baharu ini yang mana antara lain penggunaan Bahasa Inggeris akan diberi penekanan di kalangan kanak-kanak Tabika Kemas.

“Pendidikan aliran Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik juga akan diperkenalkan melalui pendekatan belajar sambil bermain untuk tujuan pendedahan untuk anak-anak bersedia memasuki Tahun Satu,” katanya. – BERNAMA

Tags: KEMAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Tabika Kemas Dijenamakan Semula

22/10/2018
0

KOTA BHARU - Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di negara ini dicadangkan untuk melalui proses penjenamaan semula...

Program STREAM Tabika Kemas Diperluas

11/10/2018
0

JASIN - Kerajaan akan memperkenalkan pelbagai jenis modul pembelajaran untuk diterapkan di semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd