• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CEO Kumpulan Astro Umum Letak Jawatan

oleh Ahmad Albab
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Astro Malaysia Holdings Bhd. Group hari ini mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk Rohana Rozhan yang akan berkuat kuasa pada 31 Januari 2019, namun beliau akan kekal sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah.

Jawatan beliau akan diambil alih oleh Ketua Pegawai Kandungan dan Pelanggan Kumpulan Astro, Henry Tan, yang telah berkhidmat lebih 10 tahun dengan pengendali stesen berbayar itu.

“Datuk Rohana merupakan pemimpin yang memberi inspirasi kepada semua di Astro dengan mengetuai kumpulan mencatat pencapaian bermakna dalam industri media di Malaysia.

“Kami akur dan menghormati keputusan beliau untuk melepaskan jawatan CEO Kumpulan dan mengucapkan selamat maju jaya,” kata Pengerusi Astro, Tun Zaki Azmi dalam satu kenyataan.

Rohana disifatkan sebagai perancang utama strategi pertumbuhan Astro termasuk membolehkan stesen itu menerajui segmen kandungan di Malaysia serta menyaksikan Astro muncul sebagai syarikat pengguna dengan kedudukannya yang semakin berkembang di ASEAN.

Malah, di bawah pentadbiran beliau, jumlah pelanggan Astro meningkat daripada 2.0 juta kepada 5.5 juta orang manakala perolehan pula berkembang RM1.79 bilion kepada RM5.53 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Janauri 2018.

Astro juga yakin Tan akan terus memperkasakan serta mengemudi Astro bagi kemajuan masa depan, kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: astroletak jawatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Petaling Jaya Umum Letak Jawatan Tanpa Syarat, Kritik Pentadbiran Kerajaan

Ahli Parlimen Petaling Jaya Umum Letak Jawatan Tanpa Syarat, Kritik Pentadbiran Kerajaan

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan itu tanpa syarat...

Hebat Najib Boleh Tentukan Bila Anthony Loke Letak Jawatan – Pemuda PAS

Hebat Najib Boleh Tentukan Bila Anthony Loke Letak Jawatan – Pemuda PAS

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Afnan Hamimi Taib Azamudden menyindir keputusan Anthony Loke Siew Fook yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd