• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail Sabri Tanding Jawatan Naib Presiden UMNO

oleh Ahmad Albab
07/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASMI… Badan Perhubungan UMNO Pahang mengumumkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Yaakob sebagai calon bagi merebut jawatan naib presiden pada pemilihan parti itu pada 30 Jun ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata mereka juga mencalonkan penyandang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, lantikan presiden, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin untuk bertanding bagi jawatan Ahli MT.

Bekas menteri besar itu turut mengumumkan Anggota Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said; Anggota Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamed dan Anggota Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib akan bertanding bagi jawatan Ahli MT.

“Calon-calon yang bertanding ini adalah untuk membantu parti dalam keadaan parti sekarang ini sebagai pembangkang di peringkat persekutuan.

“Masing-masing ada hasrat yang suci untuk membantu parti kerana mereka tahu kalau mereka menang pun bukan dapat jadi menteri,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon Pemilihan UMNO di ibu negara, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Bagaimanapun, Adnan berkata beliau dan Wan Rosdy tidak akan bertanding bagi mana-mana jawatan pada pemilihan itu.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Pahang, yang juga Anggota Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah menawarkan diri sebagai calon Ketua Pemuda UMNO.

Mohd Shahar turut mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Temerloh, Azril Rizal Yusof Mohd Sarit akan bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO. – BERNAMA

Tags: Ismail Sabri Yaakob
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zahid Sedia Dedah Surat RoS UMNO, Sahut Cabaran Ismail Sabri

Zahid Sedia Dedah Surat RoS UMNO, Sahut Cabaran Ismail Sabri

05/03/2023
0

ALOR SETAR: UMNO sedia mendedahkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk membuktikan badan itu menerima usul dibuat ketika Persidangan...

Pangkat Dalam Parti Tiada Makna Jika BN Kalah PRU15 -PM

Pangkat Dalam Parti Tiada Makna Jika BN Kalah PRU15 -PM

16/11/2022
0

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta ahli dan kepemimpinan UMNO supaya tidak menyentuh dan bercakap soal pemilihan parti sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd