• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Halangan UA Anjur Debat, Wacana Intelek

oleh Ahmad Albab
07/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua Universiti Awam (UA) kini bebas menganjurkan program ilmiah seperti debat, forum dan wacana intelek sepertimana amalan di universiti terkemuka dunia yang lain, kata Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Beliau berkata arahan tersebut berkuat kuasa serta merta dan semua pentadbir UA diminta menyahut seruan tersebut atas semangat menjadikan universiti sebagai medan percambahan ilmu.

“Saya minta Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar mematuhi arahan ini dan memastikan tiada lagi sebarang halangan kepada program seumpama itu selepas ini.

“Perkara ini perlu diselaraskan oleh semua universiti, di mana pemantauan terhadap pematuhannya akan dibuat kementerian,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Kementerian Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 11 (1) di sini, hari ini.

Selaku individu yang pernah melalui pengalaman dihalang daripada menyertai program sedemikian sebelum ini, Maszlee berkata keputusan kementerian itu adalah sebagai membawa inspirasi mahasiswa yang mahu melihat universiti bebas daripada sebarang kekangan terutama dalam hal berkaitan perkongsian intelek.

Bagi mewujudkan persekitaran mesra ilmu, kementerian juga mengarahkan UA untuk tidak meletakkan palang di pintu utama bagi menghalang kemasukan kenderaan dan orang awam sepertimana amalan sebelum ini, katanya.

Ditanya apakah akan ada tindakan jika universiti mengingkari arahan itu, beliau berkata walaupun ia bukan satu undang-undang tetapi tindakan sedemikian pastinya akan mengundang kritikan warga universiti.

Dalam pada itu, Maszlee berkata kementerian memberi kuasa kepada guru besar dan guru-guru untuk menyelesaikan masalah berkaitan beg sekolah berat.

“Walaupun kementerian telah menubuhkan jawatankuasa bagi menangani isu itu, pemberian kuasa kepada guru dalam menyelesaikan isu tersebut boleh dianggap sebagai hadiah kepada ibu bapa dan murid,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee Malik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melibatkan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd