• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Notis Harga Belum Tolak GST Elak Pengguna Keliru

oleh Ahmad Albab
06/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Peniaga diminta meletakkan notis pemberitahuan sekiranya barangan yang dijual di premis mereka belum ditolak enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi mengelak berlaku kekeliruan kepada pengguna.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Perak, Shamsul Nizam Khalil berkata peniaga perlu meletakkan notis tersebut di premis walaupun mereka diberi tempoh sehingga 30 Jun untuk mengemaskini tanda harga berdasarkan GST pada kadar sifar peratus.

“Berdasarkan pemeriksaan yang dibuat, kita lihat mereka (peniaga) bukan tidak mengikut arahan cuma memerlukan masa untuk mengemaskini harga di rak walaupun harga di sistem telah ditukar.

“Ada premis yang mempunyai ratusan ribu barang dan ia mengambil masa untuk dikemaskini, jadi mereka perlu sediakan notis atau makluman kepada pengguna bahawa harga pada barangan belum ditolak GST,” katanya kepada pemberita selepas menjalankan Ops Catut 4.0 di sini hari ini.

Peniaga diberi tempoh selama 30 hari bermula 1 Jun, bagi mengemaskini tanda harga berdasarkan kadar sifar peratus GST, dan sekiranya gagal berbuat demikian mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Bercakap mengenai Ops Catut 4.0, Shamsul Nizam berkata KPDNKK Perak memeriksa 7,526 barangan menerusi pemeriksaan di 560 premis dari 24 Mei sehingga semalam.

Beliau berkata pihaknya mengeluarkan lima surat amaran dan satu notis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 selepas menerima 29 aduan.

“Kebanyakan aduan yang diterima mengenai harga barang kekal selepas pelaksanaan GST sifar peratus, harga barang naik selepas sifar peratus GST dan kekeliruan harga disebabkan Caj Perkhidmatan dan Dasar Harga Terangkum,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shamsul Nizam berkata pihaknya dijangka melakukan 70,000 pemeriksaan termasuk harga barang di seluruh negeri sehingga 30 Jun ini.

Beliau berkata 30,252 pemeriksaan dijalankan ​​​​​​dari Januari sehingga semalam membabitkan rampasan barangan bernilai RM536,413.23.

“Tujuan kita melakukan pemeriksaan ini adalah untuk memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan dan pengguna pula dapat berbelanja dengan berhemah,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd