• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ternyata 6 Jenis Minuman Ini Bantu Reda Stres

oleh
16/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTILAH stres menurut Hans Selye 1976 merupakan respons tubuh yang bersifat tidak spesifik terhadap setiap tuntutan atau beban atasnya.

Berdasarkan pengertian tersebut dapat dikatakan stres berlaku apabila seseorang mengalami beban yang berat dan tidak dapat mengatasi tugas yang dibebankan itu.

Disebabkan itu, tubuh akan memberi respons tidak mampu lagi tanggung terhadap tugas yang dipikul tersebut sehingga seseorang mengalami keadaan stres.

Tatkala anda mengalami stres, tubuh juga cenderung mengalami mahupun dijangkiti pelbagai penyakit.  Oleh itu, anda wajib mengatasinya dengan mengambil langkah-langkah perlu.

Ini termasuk melakukan kegiatan kegemaran anda, bahkan mencuba minuman penghilang tekanan seperti berikut:

1. ‘SMOOTHIE’ LOBAK MERAH DAN TOMATO

Lobak merah dan tomato adalah sumber serat yang kaya dengan antioksidan bagi meredakan stres. Dalam pada itu, minuman ini juga mengandungi vitamin A dan C untuk menangani kesan buruk daripada radikal bebas.

2. ‘SMOOTHIE’ BETIK

Betik mengandungi zat antioksidan, yang dikenali sebagai karotenoid. Nutrisi ini mampu menenangkan tubuh anda daripada dalaman.

3. TEH DAUN PUDINA

Daun pudina dikenali dengan sifatnya yang anti radang, antioksidan, dan perangsang kesihatan yang berguna bagi menangani stres. Daun pudina juga berguna untuk mengimbangi hormon, meredakan tekanan serta mengurangkan rasa bimbang.

4. ‘SMOOTHIE’ BERI BIRU

Kandungan vitamin C dalam buah beri biru dapat meningkatkan respon kekebalan tubuh bagi melawan tekanan.

5. AIR HALIA

Halia mengandungi zat antioksidan yang dikenali sebagai gingerol yang mana dapat menenangkan tubuh ketika anda berasa tertekan.

6. TEH KAMOMIL

Meminum teh kamomil yang hangat sangat berkhasiat bagi menghilangkan ketegangan dalam tubuh. Malah, minuman ini juga berkhasiat bagi cegah diri anda daripada mendapat serangan insomnia. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: minumanstres
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 Beri Impak Kesihatan Mental

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Masyarakat di Malaysia tidak terkecuali daripada menerima impak kesihatan mental akibat situasi pandemik Covid-19, kata Ketua Pengarah...

Stres Pembunuh Dalam Senyap

07/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Menyebut perihal stres, tidak keterlaluan jika dikatakan ia sering kali menjadi punca utama kepada masalah kemerosotan hidup....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd